Saturday, July 14, 2012

MAAFKAN JIKA STATUSKU MENGGANGGU

Sejak adanya facebook dan media sosial lain, hubungan sesama saudara dan teman2 yang selama ini jarang terjalin, mula dapat dieeratkan semula.Walaupun hanya berhubung secara maya, tapi itu cukup untuk merapatkan kembali ikatan yang kian renggang.

Bagi diri aku sendiri, aku akui sangat suka berkongsi tentang apa je yang aku lakukan dan suka jika ada yang like dan komen balik apa yang aku postkan.Walaupun mungkin kelihatan syok sendiri tapi hakikatnya hanya di ruangan ini aku merasakan seperti aku punya teman dan sahabat.Di sini aku membina kendiri, kerana realitinya aku sangat susah untuk bersembang mesra dengan orang.Masih aku ingat kata2 ibu saudara sepupu yang aku temui ketika bertandang ke rumahnya awal tahun ni, "aii pija, senyap je, dalam fb gege." Jiran aku pun pernah suarakan perkara yang sama sewaktu mula2 pindah ke mari.Katanya aku ni macam kurang mesra dengan orang.Tapi, bila dah lama baru mereka kenal yang aku bukan sombong, cuma tak tahu bagaimana untuk memulakan.Tu je.

Kalau nak dikira dari zaman sekolah, boleh dibilang dengan jari je berapa ramai kawan yang aku ada.Itu kira nasib baik ada.Sekarang ni, aku takde langsung kawan baru.Selepas keluar universiti aku masuk ke alam pekerjaan yang tiada langsung perempuan.Hanya aku......... dan aku......dan aku.

Tapi mungkin, tak semua orang suka dengan apa yang kita postkan ke dinding facebook kita.Samada status pasal diri, hobi ataupun apa apa je perkara menarik yang kita kongsikan baik hiburan, ilmiah mahupun post2 dakwah yang menyeru manusia untuk berbuat kebaikan.

Untuk itu, maafkan aku jika kedamaian wall anda semua diganggu oleh status- status tidak penting dari aku.Sekiranya mengganggu, anda boleh je hidekan aku.Aku ok je.


nota kaki : Aku tak pernah jemu membaca apa jua post dari kawan2 aku.Kerana adanya kalian, hariku lebih berwarna...............seperti warna pelangi


No comments:

Post a Comment