Sunday, April 29, 2012

BAGAI DE JAVU

Ma selalu cakap, semakin kita meningkat dewasa, selera makin berubah.Apa yang dirasakan sedap ketika zaman kanak-kanak mungkin akan jadi sebaliknya saat kita menjelang dewasa.Aku sendiri tak pasti samada selera yang dah betukar ataupun orang zaman sekarang yg semakin berkira bila menghasilkan makanan untuk dijual.Maklumla, harga keperluan asas tak pernah berkurang harga.Makin naik melambung-melambung lagi ada.

Kalau masa kecik-kecik dulu aku sangat suka dengan beberapa makanan tradisi Terengganu.Satar, otak-otak dan rojak katih sentiasa jadi kudapan.Sampai sekarang masih terbayang-bayang keenakan semua tu.

Jadi kesempatan ke Kerteh untuk hantar barang-barang Ziela semalam aku gunakan sepenuhnya untuk cari balik semua tu dan alhamdulillah kesemuanya dapat aku perolehi.Memang benar, rasanya dah tak sehebat dulu tapi aku hepi sebab dapat merasa balik makanan kegemaran aku sewaktu dulu.Tersentuh bagai Dejavu gitu.Hiiiiii


Hari pertama ke KL, bermalam kat Rumah Rehat Bentong.Tenang je kat sini.


Hari Ketiga, makan pagi di Restoran Sitiman Kuantan.Ni baru betul mi kari


Satar.

Otak-otak.Rasanya berbeza dari otak2 Kelantan @ Muar.Best


Lama tak makan buah keranji nih


Bak baldu


Yang ni paling wajib dicari bila ke Terengganu.Rojak katih




Buah tangan untuk  jiran-jiran

CINTA DAN SAYANG.... APA BEZANYA?

Agak sukar untuk membezakan perasaan suka, sayang dan cinta sehingga ramai yang terkeliru dan tertipu dengan diri sendiri.Bagaimana untuk mengetahui sama ada perasaan yang ada dalam hati korang tu sayang @ cinta? jom cek ciri-ciri di bawah, ok?

saat kamu menyukai seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoan diri sendiri.

 saat kamu menyayangi seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan semata-mata untuk membahagiakanmu sahaja.

Saat kamu mencintai seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun mengorbankan jiwamu.

suka adalah saat dia menangis, anda akan berkata "sudahlah, jangan menangis".

Sayang adalah saat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.

Cinta adalah saat dia menangis dan anda akan membiarkannya menangis sambil berkata; "mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama".

Suka adalah saat anda melihatnya anda akan berkata , "Dia sangat cantik atau tampan dan menawan".

Sayang adalah saat anda melihatnya anda akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

Cinta adalah saat anda melihatnya anda akan berkata: "Untukku dia adalah anugerah terindah yang pernah Allah berikan padaku".

Pada saat orang yang anda suka menyakitimu, maka anda akan marah dan tidak mahu lagi bercakap dengannya.

Pada saat orang yang anda sayang menyakitimu, anda akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang anda cinta menyakitimu, anda akan berkata, Tak apa, dia hanya tidak tahu apa yang dia lakukan".

Pada saat anda suka padanya, anda akan memaksanya untuk menyukaimu.

Pada saat anda sayang padanya, anda akan membiarkannya memilih.

Pada saat anda cinta padanya, anda akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

Dah boleh bezakan ke?

Saturday, April 7, 2012

THE KING 2 HEARTS


Satu lagi cerita yang aku rasa menarik untuk ditonton.Drama ini berlatarbelakangkan zaman moden yang mana Korea Selatan diperintah oleh Raja Berparlimen.Watak utama adalah Lee Jae Ha (Lee Seung Gi), seorang putera mahkota yang kacak, materialistik serta tidak ambil pusing dengan iklim politik negaranya dan Kim Hang Ah (Ha Ji-won), special agen dari Korea Utara.Bersatu sebagai satu pasukan untuk kejohanan War Officer Championship,bagaimana mereka menjalani latihan bersama dan dapatkah mereka mengadaptasi antara satu sama lain?

P/s : lawak gak cite ni.Yang buatkan aku terfikir saat tgk drama ni, nape masa kecik cam tak jauh beza umur Jae Ha ngan abang dia tapi bila besar cam ayah ngan anak.hii....i.Lagi satu bilakah Korea Utara dan Selatan akan benar-benar bersatu?

mustahil @ mungkin????


Sunday, April 1, 2012

HAPPY CHILDREN'S BOOK DAY

Sebenarnya aku tak tahu pun hari ni Hari Buku Kanak-kanak Sedunia.Nak buat macam mana , terlalu banyak hari yang ada.Dah tak terkira pun.Tapi bila hotfm buka topik pasal buku kanak-kanak yang pernah kamu baca, mulalah kenangan2 lama muncul satu satu.

Aku paling suka baca buku cerita (buku sekolah malas pulak...huhu).Kalau masa sekolah dulu, masa aku banyak habis kat perpustakaan sekolah.Balik dari sekolah, setiap hari Isnin, bertapa kat perpustakaan bergerak pulak.Perpustakaan bergerak ni adalah sebuah bas yang penuh dengan buku-buku dan akan bergerak ke lokasi2 tertentu untuk kemudahan orang ramai meminjam dan membaca buku.Masih terbayang bas berwarna coklat yang selalu dikunjungi.Indah benar memori itu



Cerita pasal buku kegemaran, masa aku darjah 1-4, aku suka sangat baca koleksi Tidurlah Intan.Seingat aku ada banyak cerita dalam satu buku.Selain tu jugak aku suka baca buku cerita dongeng dulukala.Paling ingat sampai sekarang cite patung cendana ngan cite pasal garam ngan gula cam dalam cite P.Ramlee tu.Pastu bila tengok cite P.Ramlee mesti ingat, eh samalah ngan buku yang aku baca.Satu lagi cite pasal tikus yang nak pindah rumah, Manti ke apa namanya.Cite ni, aku paling ingat bunjut pakaian yang tikus tu bawak.Tersangatlah comel.




Tahun 1990, pindah ke Kelantan.Dah takde lagi perpustakaan bergerak.Jadi, hanya perpustakaan sekolah jelah sumber buku cerita aku.Masa ni, selera pun dah bertukar.Aku mula berminat ngan cerita2 pengembaraan.Contohnya koleksi Enid Blytons dan Nancy Drew.Paling best rangkaian cerita2 sekolah berasrama penuh cam Tingkatan 1 di Sekolah Sri Melur @ Sekolah Tengku Asyikin.Ada je kerenah budak2 asrama ni.Kalau yang ni, aku paling ingat cerita pasal biskut yang kuarkan bau busuk cam kentut.Best sangat.Memang hampir kesemua cite sekolah2 ni aku baca.Cuma 1 2 tajuk je tak jumpa bukunya.

Ada satu cite lain, pasal sorang budak tomboy nama George ngan adik beradik dan sepupu sepapatnya.Masa cuti sekolah diorang pergi kat satu pulau persendirian dan bertemu dengan pelbagai kisah misteri.Masa ni, aku berangan nak beli pulau sendiri & beli rumah yang banyak bilik2 tersembunyi.Mesti seronok nak teroka rumah tu.Sampai sekarang pun aku selalu mimpi rumah besar ngan bilik misteri.Hehe.Pastu punya taksub ngan cite2 pengembaraan ni, aku namakan kucing kesayangan aku Tip sempena nama kucing dalam salah satu buku yang aku baca.Dah meninggal pun kucing aku tu.Selepas dari tu aku tak bela mana2 kucing lagi dah.Itulah kucingku pertama dan terakhir.

Tapi yang pasti, semua buku2 yang pernah aku baca masa kecik2 dulu memberi warna-warna indah dalam zaman kanak2 aku.Terima kasih untuk Hari Buku Kanak kanak ni sebab hari ni, aku kembali pada masa silamku.