Tuesday, June 8, 2010

JALAN-JALAN PI KENDURI

Alkisahnya, sabtu lepas (5 Jun 2010), kami sekeluarga telah ke Perak tuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak perempuan saudara belah ma n abahku. (ayat skima ye tuan puan).Dengan bertransportkan 2 buah keta, kami seramai 13 orang (termasuk 2 kanak2 ribena) telah bertolak seawal jam 8.30 pagi.Aku, Zila n Cheq Su naik keta kakak ngan abang iparku, sementara nenek, nenek saudara n 2 kanak2 ribena satu keta ngan ma dan abah.

Sepanjang perjalanan takde pe yang menarik pun, kecuali pemandangan indah masa kat tasik Banding je.Separuh perjalanan, Zila dan Cheq Su dah start pening kepala.Maklumlah jalannya ya ampun.Cam ular kena palu.Tapi aku ok je.




tasik banding

Sampai kat Kuala Rui, berhenti sekejap melepaskan penat (penat ke?) sapa yang nak ke toilet, ke toilet,sapa yang nak pekena teh panas, silakan.Perjalananan diteruskan setelah lebih setengah jam berehat.

5 jam perjalanan, kami sampai ke Kamunting (ISA ya tuan puan).Bila dah sampai sana barula tersedar yang sebenarnya tak seorang pun antara kami yang tahu ke mana arah haluan kami seterusnya.Lawak benar?Last-last terpaksa kol tuan umah mintak salah sorang dari mereka jemput kami yang masa tu berhenti kat stesen minyak Caltex (ni sebut nama ni kena bayar ke?hehe).

Agak lama menunggu, tuan rumah sendiri datang jemput kami ke rumahnya.Agak jauh juga rupanya dari tempat kami menunggu untuk ke rumahnya di Larut Tin.Nasib baik dijemput, kalau tidak, mahunya sesat lagi jauh.

Tiba di rumah saudara kami tu jam 3 lebih.Selepas berkenal-kenalan (maklumle sebelum ni dengar nama je), kami terus dibawa ke bawah khemah (apa lagi,santap time.i like...)Hidangan hari ni gulai tempoyak ikan patin.My favourite ni.nyum nyum.

Kami kemudiannya ke rumah makcik zaiton (kawan masa kecik ma merangkap saudara jugak).Di sana, keluarlah suma cerita2 mereka masa kecik-kecik dulu sehinggalah sewaktu ma dibawa tinggal bersama mereka di Taiping untuk beberapa bulan.Aku ngan La tak payah ceritalah.Pening memikirkan susur galur keluarga kitorang yang selama ni tak pernah kami ambil tahu pun (masa tu ramai yang kawin sesama saudara).Ayah makcik Zaiton (merangkap pakcik sepupu kepada ma) ajak kami tidur kat rumah mereka.Mulanya ingatkan nak tido ramai2 kat rumah yang dah mereka sewakan untuk kami (30 lebih rombongan dari kelantan).Terpaksalah dibatalkan sebab mereka dah beria2 kemaskan tempat untuk kami.




suasana di rumah sewa.beg kartun aku pun ada?



Malam,ingatkan nak pusing-pusing bandar Taiping, tapi badan dah penat sangat.Selepas makan malam, kami lepak jap kat rumah sewa sebelum pulang tidur ke rumah ayah makcik Zaiton.


ESOKNYA

Setelah solat subuh, mandi, dan bersarapan, kami mula bergerak ke rumah pengantin untuk meninjau2 apa yang berlaku.Sebelum tu sempat bersalam-salaman ngan tuan rumah (kot nanti dia sibuk ngan urusan keje kawin ni).Pukul 12, tetamu dah mula tiba.Macam-macam jenis makanan ada dihidangkan seperti nasi minyak, laksa, cendol dan kuih muih (memang kenduri sakan nih)




kanopi merah tu tuk gerai cendol ya tuan puan


sibuk ker?


singgahsana


hantaran pihak lelaki

Cheq Su ngan anaknya Irfan



epal untuk diagihkankepada tetamu



mak sedara,nenek dan sepupu sepapat dari kelantan










Selesai makan, kami mula bersiap untuk pulang.Dalam pada tengah bersiap, rombongan pengantin lelaki tiba.Aku dah malas nak ke sana lagi.Tak tahan, panas.Cair sudah mekapku.Ecehh...

Kul 3.30, rombongan kami mula beransur pulang.Kebanyakan mereka ikut laluan Cameron Highlands sebab lebih dekat ngan Kuala Krai.Kami sekeluarga ikut laluan Jeli.Sempat gak singgah ke Bukit Bunga jap sebab nenek aku nak beli barang.



dalam perjalanan pulang, singgah minum jap

Sampai kat Pasir Mas pula, singgah makan malam.Memang giler kedai tu.Makan nasi sup ngan telur dadar tuk 8 dewasa dan 2 kanak-kanak dicaj RM69.Padahal kedai kampung je.Tak sedap plak tu.Memang bengong betul.Kalu camni gayanya boleh pegi London balik harilah tokey kedai.

Sampai rumah dah tengah malam.Tak sempat nak tengok jam pukul berapa sebab dah pengsan.zzzzzzzz (tapi dah solat ya...kami wat jamak taqdim)

No comments:

Post a Comment