Selasa lepas, tetiba je rajin nak mencuba resipi baru.Seperti biasa kalu dah gatal tangan ni memang dah tak boleh tangguh2 dah.Kali ni nak buat chicken floss roll.Maka dengan excitednya pas balik keje terus masuk dapur & ready tuk 'berperang'.
Round yang pertama suma ok.Adunan pun dibakar ngan baik dan sedang elok masaknya.Namun...........teng teng teng.
Dek kerana tak sabar nak tengok hasilnya, terus je aku masukkan dia punya krim tanpa tunggu sampai adunan tu betul2 sejuk.Pe lagi, cairlah krim tu.Seb baik baki krim ada g.kuang kuang kuang.Pastu masukkan chicken floss.Tiba masa nak menggulung pulak, baru gulungan pertama dah patah.Aduii.
Terus tak jadi gulung.Aku terus potong dan masuk dalam mulut.Haha.Inilah akibatnya wat keje terburu-buru.
P/S : Walaupun rupanya tiada tapi tetap gebu dan sedap dimakan.Resipi dari blogger mana ntah.Masa penyediaan cuma setengah jam.Kejapkan?
No comments:
Post a Comment