Friday, February 24, 2012

MENGANTUK SUNGGUH............


Pagi ni terasa mengantuk sangat.Pagi semalam balik kampung anta ubat nenek terchinta,Mek.Dalam perjalanan sempat pulak tersinggah kat G Orange,menjamu mata dengan perkakasan rumah yang super gempak.Dah tu terbeli pulak lampu hiasan yang super cantik menarik tertarik.

Kat kampung,melangut kat kedai mi sup ngan Ciksu dan Makcik Esah.Sebelum balik singgah jumpa mok (nenek sebelah ma)dan melawat mak sedara Mek (Wo Barat)yang khabarnya kurang sihat.Umur Mek 75 tahun (ikut tarikh kad pengenalan), jadi umur Wo Barat mesti hampir mencecah 100 tahun.Tapi ingatan dia masih kuat.Masih kenal ngan orang2 di sekelilingnya.Even ma ngan abah yang jarang jumpa nipun dia kenal.Cuma kena perkenalkan diri dululah sebab mata dia dah tak berapa nampak.

Oh ya, masa kat umah Wo Barat, aku dapat panggilan dari Hotfm.Katanya aku terpilih untuk dinner dengan artis Warner Music kat Four Season 28 Februari nanti.Kira ni kali kedua aku dapat jemputan dari Hotfm.Suka-suka isi borang dapat dinner free.hehe.

Bertolak pulang ke Pengkalan Chepa dah lewat petang.Singgah sembahyang maghrib kat Pasir Hor, pastu makan malam kat kedai ikan bakar.Malam ni kami makan pari bakar, udang,sotong ngan kerisi.Sumpah sedap.

Sampai rumah ingat nak terus tidur tapi sebab tak sabar nak tengok lampu yang kami terbeli tadi.So,tak jadilah nak tidur.Teruja pulak memasang rambu ramba kat lampu tu sampai kero mata dibuatnya.Kul 11.50 tengok He's Beautiful plak.Walaupun byk kali tengok cite ni, masih jugak nak tengok.Sebab kalau tgk online aku layan sorang2.Kalau kuar dalam tv, aku suka heret ma sekali tengok.huahuahua.Skang ni aku heret ma join sekali tengok cite Yes Captain ngan Wild Romance.Cite Yes Captain tu sebab Ma kenal heroin dia, Wild Romance plak sebab ma kenal hero dia.Tak pasal2 dia jadi pengikut drama korea.Hehe

Cite ni dah nak abis pun.Sebenarnya yang panjang lebar aku tulis kat atas tu sebab nak bagitahu apa punca pagi ni aku mengantuk je.Semua yang di atas itu bunga je, tapi punca sebenar ialah nyamuk2 yang mengganggu tidur aku semalam.2 3 kali aku terjaga gara2 makhluk halus tu.Malam ni siaplah korang.Aku akan gunakan senjata paling ampuh untuk hapuskan korang.

RIDSECT GOODNIGHT TAK DIGANGGU NYAMUK...... (apa punya merepek ini N3)

Tuesday, February 14, 2012

TERUKIR DI BINTANG

Dah dua hari dok ulang lagu yang sama.Terasa seperti berada di kota paris yang rasanya takkan pernah dapat kusampai (ayat pe ni?).sodihhhh

TAPI

feeling cam penyanyi dolu2 yang bersanggul dan berskirt kembang pun ada gak nih.

Wednesday, January 18, 2012

AKU SUKA CITE NI.......


Aku kira n3 aku kali ni agak ketinggalan untuk disiarkan.Tapi takpe, sekadar nak berkongsi rasa.Aku bukanlah peminat tegar drama korea (bukan ke?...yang hari2 kau mengadap pc semata nak tonton drama online tu apa?) tetapi kali ni aku tertarik untuk berbicara tentang satu drama yang sekarang ni tgh bersiaran di tv2 setiap isnin hingga jumaat jam 5 petang, The Princess Man.Sebenarnya drama ni dahpun disiarkan di saluran KBSWorld sekitar penghujung 2011, tapi masa tu tak tertarik pun nak tengok.Dalam external aku pun ada cite ni.Tak sempat tonton lagi kesemuanya(tqvm to suhana untuk suma stok2 drama2 hit korea tu. :))))

Princess Man ni sebenarnya menceritakan tentang percintaan di antara si budiman Kim Seung Yoo dengan gadis bangsawan yang periang, berani dan bersikap suka mencuba sesuatu yang baru, Puteri Se Ryung yang terhalang disebabkan oleh pertelingkahan di antara bapa mereka Timbalan Perdana Menteri Kim Jeong Seo dan Putera Mahkota Su Yang.

Se Ryung.Comel je

Seung Yoo.ensemlah jugak

Tidak hanya melihat dari satu sudut penceritaan sahaja (cinta terlarang), apa yang membuatkan aku terpaku pada cerita ini adalah apabila melihat kerakusan pihak yang berkepentingan untuk merampas tahta kerajaan sehingga berlakunya pemberontakan dan pertumpahan darah.Satu demi satu nyawa insan yang tidak berdosa diragut tanpa belas hanya demi nama, darjat dan kebesaran.

Paling menyakitkan hati bila melihat pengkhianatan dari sahabat karib sendiri.Bayangkan sahabat yang membesar bersama-sama sebagai rakan sepermainan boleh berubah 360 darjah menjadi orang lain dari yang dikenali selama ini.Terasa sampai ke jantung rasa sakit tu.

Sin Myeon.Jahatlah kau

Sehingga semalam, dah 8 episod cerita ni ke udara.Tak sabar menunggu petang nanti bagaimana perkembangan ceritanya.Boleh je kalau nak tgk online sekarang tapi peel aku walaupun dah tgk awal, nanti kuar tv nak tgk jgk lagi.Jadi takyah buang masa depan pc, tunggu je pukul 5 nanti.

Celah skit : suka sangat lagu latar Destino, berkobar2 je perasaan ni sampai ke usus, jantung dan limpa.




Saturday, January 14, 2012

MASANYA DAH TIBA.............

Terasa lama benor tak membuat keje2 membaking ni.Saja merehatkan perut dari makanan2 yang mengandungi lemak tepu ni.huahuahau.

Cita-cita untuk membuat kek semolina @ kek suji ni dah lama terpendam.Butter ngan suji pun dah sekian lama menetap dlm peti ais menanti masa dikorbankan.Maka hari ini, tibalah masanya untuk aku menyempurnakan cita-cita itu.

Akhirnya inilah hasilnya.Keknya agak lembap,lemak dan bila makan tu terasa cam tergigit kuaci.Ini kerana tekstur tepung suji tu cam kasar2 gitu.Sedap tapi cinta hatiku tetap kepada cheese cake & chocolate cake.Nyum



Wednesday, November 30, 2011

MAKAN LAGI.............

Hari ni terasa cam nak buat sesuatu je.Pas tengok Unwrapped kendalian (wah!!! kendalian...) Marc Summers isnin lepas, hati membuak-buak nak buat taco.So semalam, aku cuba2 buat tortilla dulu.Bila dah jadi tu, hari ni barulah boleh buat taco.Hihi

Taco ni sebenarnya makanan tradisional mexico yang terdiri dari tortilla bijirin jagung ataupun gandum yang dilipat dan dimasukkan inti ke dalamnya.Inti taco ni selalunya ayam, daging, seafood sayur ataupun cheese.Boleh jugak kalau nak letak aksesori lain cam salsa, avocado, tomato dll yang kena dengan selera anda.

Memandangkan tak banyak bahan yang ada kat dapur.Kena pulak ni kali pertama aku cuba buat taco, maka..........intinya pun tak seberapalah jugak.Hanya isi ayam yg diperap dengan rempah2 yang cacamarba.Sosnya pulak aku taruk sos cili ngan sos tartar.Tu je sos yang ada pun.

resipi untuk tortilla tu aku ambik kat sini





Dan....inilah hasilnya (sama tak ngan dalam vid tu?)


nipis je sebab tak banyak aksesori.Lain kali blh buat lagi grand, wihuuu!!

Friday, November 18, 2011

BAKSO LAGI............

Lamanya tak lepak kat sini.Cam takde benda je nak cerita.Tapi bila biar lama-lama terasa rindu plak.Jadi kali ni nak cite skitlah aktiviti hujung minggu aku.

Cam selalu kalau hari minggu je, bersidai kat rumah je.Bukannya apa, cuti sehari je, jadi masa cuti camnilah nak rehat habis-habisan (macamla keje pikul guni beras).Oh ya, hari ni grup abah bertugas untuk meronda di kawasan kejiranan kami.Sebagai meraikan grup abah berjaya merangkul tempat pertama kumpulan terbaik Skim Rondaan Sukarela (SRS), jadi malam ni ada something special yang abah nak suh aku buat.Bakso dan kek.hehe

Kerja-kerja menyediakan bakso bermula sejak pagi lagi.Cuma rencah2nya je aku masukkan malam.Buat awal2 kang kot kitorang dulu yang sebat.Bermula dengan merebus tulang dan paling utama, membuat bakso (meatball) tu sendiri.Kalau ikutkan banyak kali dah jugak aku buat bakso, tapi selalunya aku guna bakso yang dah siap.Kalau yang sendiri bikin tu baru masuk 2 kali.Jadi kat sini aku tunjukkan cara2 nak wat bakso tu okeh?

RESIPI BAKSO (LEBIH KURANG 16-20 ORANG)

Untuk kuahnya
:
  • daging/tulang (rebus dan airnya akan diguna untuk buat kuah nanti)
  • 10 biji bawang merah dihiri
  • 10 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil lada sulah biji*
  • sedikit buah pala* (agak2 besar hujung jari kelinking je sebab bau dia kuat)
  • garam dan perasa
  • sedikit daun ketumbar / daun sup (akar jangan buang sebab bau dia lebih ummmph kat bahagian tu.cuci bersih2 ya, kot ada pasirlah pulakkan)
Setengah resipi tu ada letak halia dan serai tapi aku punya resipi takde sebab aku ikut resipi yang makcik aku bagi.

Untuk bakso plak
  • 800 gm daging cincang
  • 4 biji bawang merah diracik halus
  • 4 biji bawang putih diracik halus
  • 2 telur (aku ambik yg putih je)
  • 2 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit lada sulah (tumbuk) dan garam

  1. UTK KUAH; Tumbuk semua bahan bertanda * . Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk air rebusan tulang.Masuk garam ngan perasa sekali
  3. Masuk sekali daun ketumbar (masukkan camtu je.takyah hiris2 sebab kita nak ambik bau je).
  4. UTK BAKSO; satukan semua bahan.Perapkan sekejap, pastu bentukkan jadi bebola.
  5. Dah siap bola-bola tu, masukkan dalam air rebusan tadi (yang mendidih ya, bukan yang dah ditutup api.kang tak masak plak bola2 tu.hehe).Bebola tu akan timbul bila dia masak.
  6. Dah siap.bolehla dihidang bersama bihun, sambal dan jugak sos beserta kicap.Selalu orang johor guna sos dan kicap ABC tapi kat Kelantan ni tak pulak aku jumpa.Jadi pandai2lah cari alternatif lain.
Dah siap pun bakso, skang masanya untuk buat kek plak.Wah, makan besar grup En Harun malam nih.Haha.Makanan dalam hamper lagi.Huhu


putih telur dan tepung ubi

lada putih, buah pala, bawang putih dan merah untuk kuah bakso


bahan2 tuk masuk dalam meatball



masuk, bawang putih, merah, lada putih, tepung ubi dan garam



perapkan kejap


kepal-kepalkan camni tuk jadikan bebola


didihkan kuah sebelum masukkan meatball



bila dah masak, dapat dalam 70 biji

eh....dah siap dah

yang kat bawah ni pulak, kek yang dah aku buat.bolehla daripada takde


belum hias gi


saja nak tunjuk tahap kegebuannya.haha



tada.......


tak secantik kek yang dibeli tapi sangat puas hati

Friday, July 1, 2011

JOM PERGI KELCHEFF 2011


Lamanya tak jenguk blog yang hidup segan mati tak mahu ni.Idea makin lama makin kuranglah pulak.Adakah kerana peningkatan usia?......ataupun kena makan minyak ikan bagi cerdas sikit otak ni?

Sekadar memberi nyawa kepada blog ni, kali ni nak cerita pasal Kelantan Cheng Ho Internasional Food Festival (kelCheff) 2011 yang akan berlangsung pada 14 hingga 23 Julai depan bertempat di Bazar Tok Guru.Bagi yang tak tahu atau kat mana letaknya Bazar Tok Guru, ianya terletak berhadapan dengan kampus UITM Kota Bharu di Jalan Sultan Ibrahim.Senang cite kat lokasi asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Menurut Pegawai Komunikasi Korporat KelCheff, Abdullah Suhaimi berkata, walaupun lokasi berkenaan kurang dikenali dalam kalangan penduduk luar bandar Kota Bharu, namun ia bakal bertukar wajah ketika berlangsungnya program yang menawarkan pelbagai makanan Muslim, khususnya dari negara China itu.Jadi kita tak perlu nak bersusah payah nak ke negara China (atau kata lainnya, jika tak beerkemampuan), semuanya boleh diperolehi di sini selama festival ini berlangsung.Insyaallah

Selain dari makan-makan, anda juga boleh juga berkunjung ke Galeri Tamadun Islam (GTI) yang akan diadakan sempena Kelcheff untuk menyaksikan pameran Pedang Laksamana Cheng Ho, al- Quran terbesar tulisan tangan, pedang Amru al-As, baju perang lengkap kerajaan Uthmaniah dan kira-kira 300 artifak lain.Dan yang paling menarik adalah anda berpeluang melihat kalimah ‘La ilaa ha illallah’ yang tercatat pada sebiji beras yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Tapi jangan risau ok? di sana nanti akan disediakan kanta pembesar untuk anda melihat dengann lebih jelas lagi salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T.


salah satu tarikan di Galeri Tamadun Islam (GTI)


Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa luangkan masa anda untuk berkunjung ke sana nanti ok?jangan risaukan tentang parkir kereta kerana parkir ada disediakan di hadapan Stadium Sultan Muhammad IV dan Dewan Jubli Perak dan sebanyak 100 beca akan disediakan secara percuma bagi mengangkut pengunjung pesta makanan berkenaan dari kawasan tempat letak kenderaan ke lokasi festival (nak bagi saguhati sikit pun apa salahnya)

Oh, satu lagi,selain beca beberapa buah bas kecil untuk tujuan tersebut. Mudah bukan? Jadi apa tunggu lagi JOM SERBUUUUUUUUUUU