Sunday, December 21, 2014

RESIPI ANDONG BRAISED CHICKEN (안동 찜닭)






Selain dari Maangchi, saya suka dengan resipi yang disediakan oleh Aeri (Aeri's Kitchen).Kebanyakan bahan yang digunakan mudah didapati di negara kita.Jika bahan yang diperlukan susah nak dapat, saya cuma menggantikannya dengan bahan yang lebih kurang sama rasa dan teksturnya.Memasak itu mudah jika kita enjoy melakukannya.jadi.....kita enjoyyyyyy

Resipi asal di SINI


Bahan utama
1lb ayam (lbh kurang 900gm)
3 cwn air
1 1/2 oz suhun (dlm secekak ibu tangan)
1 biji kentang
1 labu bawang besar
1/2 cwn carrot (tak letak sb takde stok)
2 btg daun bawang
1 biji cili kering

Bahan sos
4 1/2 sudu besar kicap soya
3 sb air
3sb gula perang (saya tak letak)
1 1/2 sb bawang putih dicincang
1 1/2 sk minyak bijan
1/4 sk serbuk lada hitam
2 cubit serbuk halia (saya ganti dgn halia segar)


Cara penyediaan
  1.  Rebus ayam di dalam air mendidih selama seminit dan toskan.Ini utk menghilangkan bau dan lemak ayam
  2. Rendam suhun dalam air panas
  3. Campur semua bahan untuk sos dan masukkan dalam periuk yang berisi ayam yang telah direbus
  4.  Masukkan 3 cwn air.Biarkan ia masak sehingga 15 minit
  5. Sementara itu, potong sayur-sayuran seperti bawang, carrot, kentang, dan cili kering
  6. Masukkan sayur-sayuran ke dalam periuk yg berisi ayam tadi.Masak sehingga sayuran empuk
  7. Akhir sekali masukkan suhun dan daun bawang.Kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan.Sedap dimakan bersama nasi



Saturday, November 15, 2014

QUOTE

 


LIFE IS LIKE A TRAFFIC LIGHT

SOMETIMES THE GREEN LIGHT CAN HELP YOU SPEED UP

OR THE RED LIGHT CAN MAKE YOU COME TO A HALT

BUT

THIS MOMENT AT THE YELLOW LIGHT

DO WE KEEP RUNNING OR COME TO A STOP ?


-boarding house number 24-

Sunday, June 1, 2014

KENANGAN MENDOBI


Kalau bercerita tentang pengalaman kerja, rasanya pengalaman aku tidaklah terlalu banyak.Bermula sebagai rekorder di sebuah kilang pakaian pada Jun 2003, aku juga pernah bekerja sebagai jurujual (KISAHNYA) dari rumah ke rumah, kerani di gudang peralatan pembinaan, menyelia dobi dan akhirnya sebagai kerani cabuk di sebuah syarikat sehingga hari ini.Antara semua kerja ni, pengalaman bekerja di dobi paling mencabar kekuatan mental dan fizikal.

Segalanya bermula apabila aku menerima tawaran bekerja di sini oleh kawanku dengan tawaran gaji yang agak memuaskan.Buat permulaan, kami diperkenalkan dengan cara bagaimana dobi beroperasi.Semuanya diajar, bermula dari ketika linen sampai di dobi, tagging, basuh, kering dan lipat.Mesin yang digunakan pula bukan yang kecik2.semuanya besar2 gedabak.Dengan beratnya, panasnya, semua ada.

Bila dah tahu semua tu, aku dan kawanku ditukarkan ke cawangan Kajang.Untuk hari pertama kami dibawa ke kilang yang mencuci hampir kesemua linen dari hospital dan hotel sekitar kuala lumpur dan negeri2 yang berjiran.Melangkah masuk ke kilang tersebut, suasananya berganda2 lagi sibuk berbanding dengan tempat keje aku.Kalau di tempat keje, aku dah takjub dengan besarnya mesin2, di sini lagilah besar.Seolah-oleh anda boleh berlari dalam mesin basuh tersebut.

Di atas kertas, tugasku di sini ialah menguruskan hal-hal pejabat serta berurusan dengan pelanggan.Namun dek mengejar masa penghantaran serta kekurangan pekerja terutamanya ketika mereka bercuti, aku turut sama menyinsing lengan membantu apa yang patut.Ini kerana setiap linen hospital perlu dihantar 2 kali sehari, pagi dan petang.Tempoh masa yang diambil untuk ke tempat kutipan belum kira lagi.Pendek kata 24 jam terasa sangat singkat.Sebab itulah aku turut mencuci pakaian, mengering, menggosok dan melipat baju.Pendek kata dari awal sampai akhir proses cucian.Belum masuk urusan merekod, membuat invois serta laporan bulanan lagi.

Paling ektrem perkara yang pernah dilakukan olehku di sini ialah jadi kelindan lori dan kutip linen yang bukan calang2 beratnya.Dalam sehari 1 tan lebih kena angkut bawak balik dobi.Pekerja2 kilang kat situ selalu pandang semacam bila aku datang.Tak pernah ada perempuan yang datang sebagai kelindan dan lakukan tugas angkat linen kot.Lagi pulak kebanyakan linen tersebut (selalunya selimut dan langsir hospital) kotor dengan darah dan najis, nak angkat memang kena pakai glove & mask.Pernah aku terpaksa ikut lori dalam bulan puasa.Memang betul2 mencabar kesabaran.

Selain dari mencuci linen hospital, kami jugak mencuci tuala untuk satu kelab kat sunway dan jugak 2 -3 buah hotel sekitar Kuala Lumpur.Kalau yang ni senang je.Tak perlu nak asingkan selimut yang berdarah dengan yang biasa.Oh ya... uniform PLKN pun termasuk sekali dalam senarai.

Mencuci uniform PLKN tidaklah mencabar mana, cuma ia ambil masa yang agak lama.Setiap uniform perlu diasingkan mengikut kad nama pelajar.Silap asing, memang kena menjawablah.Baju si A dah bertukar dengan baju si B.Camne??? satu yang tak best bila cuci uniform PLKN ni bila jurulatih pun sibuk nak selitkan sekali pakaian diorang.Kalau setakat uniform je takpe, ni dengan pakaian harian sekali dorang hantar cuci.Nasib baik aku tak naik hantu je.

Bila dah siap semua uniform, driver akan buat penghantaran semula ke kem2.Kem yang menghantar cucian kepada kami ialah Kem Paya Indah, Banting,Kem Princess Haliza, Sepang, Kem Sri Perkasa, Mantin dan satu kem lagi yang aku dah lupa namanya.Kesemua kem ni aku dah visit.hehe.Jadi kelindanlah pulakkan?

Bekerja di kedai dobi yang sentiasa beroperasi membuatkan masa tidur aku tak menentu.Setakat tak tidur malam tu perkara biasa.Pernah pada pukul 3 -4 pagi aku dengan Kak Nora berbasikal ke kedai mamak kat jalan besar (dobi kitorang dalam taman perumahan jauh dari jalan besar) untuk beli makanan.Kena melintasi kawasan kubur lagi.Tapi takde pulak rasa takut masa tu.Siap bergelak ketawa lagi sepanjang jalan (sekarang dah tak boleh kot, ramai orang jahat yang berperangai lebih hantu dari hantu).

Pernah juga akibat mesin rosak kami terpaksa berhempas pulas menyiapkan uniform PLKN sepanjang malam.Waktu penghantaran sepatutnya petang kerana esok pagi pelatih akan guna uniform.Maka terkocoh2 kami cuba siapkan jugak malam tu.Akhirnya pukul 4 pagi baru siap.Macam biasa aku ikut lori sekali dengan kak nora dan pulang hampir pukul 6 pagi, berkejar dengan lori jual suratkhabar yang keluar untuk edar suratkhabar.Diorang baru nak keluar bekerja, kami masih di jalanraya.Sebelum balik, singgah makan roti canai dulu.Best pengalaman tu.Memang takkan dapat dibeli di mana2.Yang paling utama, sejak aku kerja dobi, skill lipatan pakaianku dah meningkat.Haha
















Sunday, March 23, 2014

UNTUKMU SAHABATKU...

 
Hari itu, 2 orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru.Setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara 2 sahabat itu ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.

Sahabat pertama yang tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri.Sahabat yang ditampar tadi terkejut.Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.

Air matanya bergenang.Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika.Dia mengambil sebatang kayu lalu memandang ke tanah.

"HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU" tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.

Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit, hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar.2 sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil dan kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri lalu dihanyutkan oleh air sungai yang deras.Hampir sahaja sahabat ini lemas.Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan tegap berjaya menyelamatkannya.

Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya.Kemudian dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan," HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU".

Sahabat yang bertubuh tegap itu terpinga-pinga.Dia bertanya, "selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas pasir.Sekarang selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula di atas batu.Kenapa?"

Jawab sahabat yang bertubuh kecil, "Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup api kemaafan, tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."

Friday, March 14, 2014

RICE - CHUN YANG HEE (LET'S EAT K-DRAMA)

To you who eat a lot of rice because you are lonely
To you who sleep a lot because you are bored
To you who cry a lot because you are sad
I write this down
Chew on you feelings
that are concerned
like you would chew on rice
anyway
life is something that you need to digest

Saturday, March 1, 2014

MOK BANG - TREND TERKINI KOREA SELATAN

Mula2 Gangnam Style, pastu Gwiyomi.sekarang pulak satu lagi kegilaan yang dicetuskan oleh golongan muda Korea Selatan, Mok Bang.Istilah Mok Bang diambil dari perkataan 먹(mok) yang bermaksud makan dan 방 (bang) iaitu bersiaran.Mok Bang adalah satu trend terkini di mana seseorang itu akan bersiaran secara langsung sambil makan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang sangat banyak.Dipercayai bahawa idea itu datang dari warga Korea yang memuji kebolehan aktor seperti Jung Woo Ha yang mampu makan dengan hebat dan penuh selera di kaca televisyen.Cam dalam video ni...




Salah seorang personaliti Mok Bang yang popular ialah The Diva.Wanita muda ini mampu menjana pendapatan dengan hanya bersiaran sambil makan dengan bersungguh-sungguh seolah-olah makanan yang dimakannya itu super duper sedap.Sambil2 tu dia juga turut berinteraksi dengan penonton yang akan bertanyakan macam2 soalan tentang apa yang dimakannya.The Diva dikatakan membelanjakan lebih kurang USD6000 sebulan untuk membeli makanan.Namun itu semua berbaloi kerana dia mendapat pulangan yang berkali2 ganda lebihnya dari apa yang dibelanjakan.Pendapatan diperoleh melalui jumlah kutipan wang maya yang dipanggil Star Ballon itu kemudiannya akan ditukarkan kepada wang sebenar.Hebat tak? makan makan makan, pastu dapat duit.Peliknya tak jugak gemuk.










Ada ke rakyat Malaysia yang nak tiru cam diorang ni? Rasanya tak payahla ya?walaupun saya suka tengok diorang makan tapi hakikatnya kalau kita tiru cam buruk benar rupanya.Dengan lahapnya, dengan makan berbunyinya, memang sangat tak sopan.Kita budaya kita sendiri.Yang tu paling penting harus dipelihara.Peace. :)


nota kaki : Drama Let's Eat juga mampu menggoyah selera.Setiap episod mesti ada pasal makan.Nyum Nyum

Thursday, February 27, 2014

RESIPI CHINESE BEEF CAKE

 
Lupa nak snap pic selepas dipotong.Tengok inti dari kesan cubitan anak sedara tu kira acilah ya?


Assalamualaikum.Lama benar tak jenguk sini.Untuk kali ni saya nak share resipi Chinese Beef Cake.Sebenarnya saya tak tahu pun kewujudan roti (eh!roti ke?) ni.Secara kebetulan je saya menonton Destinasi Ria bersama Elfira Loy dengan adik beradiknya di Hong Kong.Dalam rancangan tu,ada dipaparkan dia ngan adik beradiknya sedang enak dok menyantap roti ni.Saya pun apa lagi, dengan gigihnya mengoogle apa ke nama makanan yang diorang makan tu.Dan, akhirnya...dapatla saya resipi ni.Memang sangat2 sedap.Dalam masa satu hari je 2 kali saya buat.Tak cukupla pulakkan?huhu.Oklah pada yang nak cuba tu, ni resipinya

Untuk doh
65g tepung serbaguna/gandum
1 sudu kecil yis segera
1 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak bijan
60c air suam (agak2lah ya)

Inti
1 biji bawang besar (potong dadu dan tumis bawang sehingga naik bau)
140g daging kisar
3 keping cendawan shitake @ cendawan bunga
1/2 sudu besar sos soya
maggi seasoning (secukup rasa)
sos ikan (secukup rasa)
minyak bijan (secukup rasa)
1 sudu besar gula
serbuk lada putih (secukup rasa)
3 sudu besar tepung jagung
daun bawang (dihiris halus)

  1. Untuk doh, campur kesemua bahan kering.kemudian masukkan air suam ke dalam tepung dan kacau sehingga ia dapat diuli.rehatkan doh selama setengah jam.Kemudian bahagikan kepada 4 bahagian.
  2. Inti pula, campur kesemua bahan dalam satu bekas.Sedia untuk digunakan
  3. canai doh yang telah dibahagikan tadi dan masukkan inti.kelim cantik2 dan leperkan doh (bhg kelim letak ke bawah)
  4. panaskan kuali, masukkan sedikit sahaja minyak, macam nak goreng lempeng.Dah panas tu, masukkan doh yg telah siap dimasukkan inti ke dalam kuali.Agak2 dah kuning sebelah bawah, terbalikkan.
  5. masukkan sedikit air ke dalam kuali (dalam 3 sudu besar) dan tutup seketika sehingga dipastikan doh tu dah masak
  6. siap untuk dihidang.nak makan camtu boleh, nak makan ngan sos pun boleh.Saya suka makan camtu je sebab nakkan aroma daging tu.Kalau campur sos nanti tak rasa pulak kemanisan daging.hehe.Selamat mencuba