Semalam kecoh tentang kehilangan sekumpulan remaja di Villa Nabila yang terkenal dengan kisah mistiknya.Alkisahnya, budak2 tu kononnya telah berbuat sesuatu yang menyebabkan
entiti kat villa tu mengamuk sehingga mengakibatkan kehilangan mereka.Maka berbondong-bondonglah masyarakat setempat pergi ke villa tersebut untuk memastikan apakah benar dakwaan kehilangan tersebut.Walaupun pada awalnya aku rasa cam kes ni ada bau-bau ikan, tapi aku follow jugak.Sebabnya bukan selalu kisah paranormal ni jadi tajuk utama (sampai keluar berita kau).Bila ada kes camni, nak jugaklah tahu perkembangannya.
Pagi ni pulak bila buka fb, kisahnya tamat dengan penemuan remaja yang hilang tu.Terjumpanya remaja tersebut bukanla di Villa Nabila tapi di rumah kawannya di Flat Desa Mutiara, Johor Bharu.Baguihhh dok ada...orang dok kalut cari dia, dengan bersenang-lenang dia pi tidur umah kawan.Zaman sekarang, mustahil remaja2 ni takde handphone.Budak yg baru nak kenal huruf pun kemain dah melaram dengan handphone pelbagai jenama.Ini pulak yang sedang nak kenal dunia ni.Tak reti2 nak telefon rumah??? ke memang kau dah biasa tak balik rumah??? geram betullah aku ngan budak ni.Menyusahkan orang.
Tamat cerita kat situ, ni nak cite pasal orang kita yang suka sangat dengan benda2 mistik ni.Bukan nak kata kat orang lain, aku sendiri pun kengkadang terjebak gak dengan kes2 mistik camni.Sememangnya jin dan syaitan tu wujud, tapi tak perlula kot sampai kita nak pergi cari benda tu.Ada hijabnya antara kita dan makhluk tersebut.Tak payahla nak sibuk2 nak selongkar benda yang diluar kemampuan kita.Kot terbuka hijab tu karang, tak lena tidur pulak korang.Tunaikan je tanggungjawab kita yang sepatutnya sebagai hamba Allah, bukan membuang masa tak tentu hala nak jadi ghost buster pulak.
lawak entri awk kali ni heheheeh... memang betul pun budak2 sekarang ni suka buat hal. Saya pun suka jugak dengan crita paranormal ni tapi mostly suka tengok dlm TV je. In really life tu tak sanggup melaluinya.
ReplyDeletetulahkan?saya pun tak sanggup gak.tgk dlm tv pun dah cukup seram.
ReplyDelete