Monday, November 18, 2013

HAILAHHH...NABILA

Semalam kecoh tentang kehilangan sekumpulan remaja di Villa Nabila yang terkenal dengan kisah mistiknya.Alkisahnya, budak2 tu kononnya telah berbuat sesuatu yang menyebabkan entiti kat villa tu mengamuk sehingga mengakibatkan kehilangan mereka.Maka berbondong-bondonglah masyarakat setempat pergi ke villa tersebut untuk memastikan apakah benar dakwaan kehilangan tersebut.Walaupun pada awalnya aku rasa cam kes ni ada bau-bau ikan, tapi aku follow jugak.Sebabnya bukan selalu kisah paranormal ni jadi tajuk utama (sampai keluar berita kau).Bila ada kes camni, nak jugaklah tahu perkembangannya.

Pagi ni pulak bila buka fb, kisahnya tamat dengan penemuan remaja yang hilang tu.Terjumpanya remaja tersebut bukanla di Villa Nabila tapi di rumah kawannya di Flat Desa Mutiara, Johor Bharu.Baguihhh dok ada...orang dok kalut cari dia, dengan bersenang-lenang dia pi tidur umah kawan.Zaman sekarang, mustahil remaja2 ni takde handphone.Budak yg baru nak kenal huruf pun kemain dah melaram dengan handphone pelbagai jenama.Ini pulak yang sedang nak kenal dunia ni.Tak reti2 nak telefon rumah??? ke memang kau dah biasa tak balik rumah??? geram betullah aku ngan budak ni.Menyusahkan orang.

Tamat cerita kat situ, ni nak cite pasal orang kita yang suka sangat dengan benda2 mistik ni.Bukan nak kata kat orang lain, aku sendiri pun kengkadang terjebak gak dengan kes2 mistik camni.Sememangnya jin dan syaitan tu wujud, tapi tak perlula kot sampai kita nak pergi cari benda tu.Ada hijabnya antara kita dan makhluk tersebut.Tak payahla nak sibuk2 nak selongkar benda yang diluar kemampuan kita.Kot terbuka hijab tu karang, tak lena tidur pulak korang.Tunaikan je tanggungjawab kita yang sepatutnya sebagai hamba Allah, bukan membuang masa tak tentu hala nak jadi ghost buster pulak.





Friday, November 1, 2013

REPLY 1997 (BARU NAK TENGOK)


 Hmmmm.Lama tak menulis.Terasa malas pulak akhir-akhir ni.Untuk tidak membiarkan rumah kite ni lesu cam sayur lembik gitu, kite usahakan jugak untuk menulis.Tapi nak cerita pasal apa??Idea tengah takde ni.

Ohh, kite nak tulis pasal nilah, Reply 1997.Drama korea terbitan tahun lepas yang baru kini kite dapat tonton.Nak buat camnekan, terlalu banyak drama korea yang kite follow hari-hari sampaikan ada yang tertinggal.Cite ni pun kite tengok bila Reply 1994 (97 kuar dulu) keluar.Cam biasa, sebelum tu kite akan tengok respon dari orang ramai dulu sama ada best atau tak.Kalau ramai kata best tu baru kite tengok.

Dan, dalam respon Reply 1994, kite tengok ramai yang bandingkan Reply 1994 ni dengan Reply !997.Kalu dilihat ramai yang sukakan Reply 1997 berbanding 1994.Jadi itulah yang buatkan kite teruja nak menengoknya walaupun cite ni dah setahun lebih usianya.

Menonton episod pertama cite ni, memang benar seperti dikata.Cite ni seronok diikuti.Bukan apa, citenya berkisar tentang remaja tahun 90an (tepatnya 1997-masa kite mude remaja gitu).Kegilaan dan keseronokan menjalani alam persekolahan sehingga pada kenangan cinta pertama.Kira memang masuk dengan jiwalah cite ni.Tersengih sensorang pun ada.macamlah ada kena mengena ngan kite.keke

Lagi best cite ni ada unsur kejutan.Kite tak tahu dengan  siapa akhirnya watak utama tu kawin.Macam ada teka teki di setiap episod.Jadi, untuk tidak menspoilkan elemen kejutan tu, kite memilih untuk tidak menengok komen2 dari mereka yang pernah menonton drama ni.Teruja giler nak tahu endingnya. :)