Tuesday, May 28, 2013

OREO & KIWI CREAM CHEESE DESERT UNTUK BAKAL PENGANTIN

Sejak berkecimpung dalam dunia masakan ni, (wah!, berkecimpung sangat), sudah beberapa kali jugaklah kite menjadi bidan terjun menyediakan hidangan pencuci mulut untuk majlis makan beradap pengantin.Kali ni pulak, untuk majlis perkahwinan sepupu kite,Wani.Bila je dapat tahu Wani nak suh kite buatkan desert untuk dia, terus ligat otak ni berfikir..Nak buat triffle dah selalu sangat.Nak buat puding roti, cam biasa sangat.Tilik punya tilik, godek punya godek akhirnya kite rasa cam nak buat pannacota.

Idea dah ada, resipi dah ada, satu perkara pulak menjadi halangan.Nak mendapatkan gelatin.Bukanlah bermakna takde dijual gelatin kat sini, cuma agak diragui status halalnya.Nak beli dekat kedai bakery yang aku selalu pergi pun cam tak yakin.Maklum sajalah kedai cenggitukan diorang buat repacking sebab bahan2 selalunya didatangkan dalam kuantiti besar.Last2 minit, tukar plan utk kesekian kalinya.
Akhirnya inilah dia yang dapat aku siapkan.Tadaa.......


 Oreo & Kiwi Cream Cheese Desert

Yg pengantin punya tak sempat nak snap.Baki 1 gelas ni jela buat penghias blog

Nak cuba ke??? ni resipinya oke...

Oreo & Kiwi Cream Cheese Desert
Bahan-bahan :
250 gm - 270 gm cream cheese
135gm yogurt perisa kiwi
1/2 cwn gula kastor (kite kurangkan skit, taknak manis2)
1/2 cwn susu segar
buah kiwi secukupnya
oreo ( dihancurkan )
biskut oreo untuk hiasan

Cara menyediakan :
1. Lembutkan cream cheese.
2. Pukul cream cheese , gula dan susu segar sehingga lembut dan berkrim.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Isikan oreo hancur ke dalam gelas dan isikan dengan cream cheese.
5. Kemudian susun buah kiwi , taburkan oreo hancur dan isikan lagi dengan cream cheese.
6. Hiaskan ikut suka..
7. Sejukkan sebelum dihidangkan.Siapp....



Nota kaki :  sehari sebelum aku buat resipi ni, aku jumpa gelatin jenama Halagel kat Giant.Terusla sambar satu buat stok.Senang nak guna di masa hadapan.Gelatin kat kedai bakery pulak, aku dah tanya staff dia dan diberitahu bahawa gelatin yang dijual disitu diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan serta mendapat pengesahan halal.Wallahuaklam.Harap2 betullah ya?Boleh aku beli kat situ lain kali.


RM 7.99 (selalu barang halal ni lebih mahal dari biasakan?? Tapi takpelah, mencari yang halal fardhu)




Friday, May 10, 2013

KENAPA AKU????

Bagaimana anda membahasakan diri anda bila bercakap dengan orang? kalau aku selalunya saya awak.Dengan yg lebih tua dan kawan2 aku guna orang @ oghe.Sangat jarang aku bercakap aku kau melainkan dengan orang yang betul2 rapat dengan aku.Contohnya adik beradik.Dengan kawan pulak, hanya sorang je, Nas Bee.

Jadi, kenapa pula dalam blog aku bahasakan diri AKU? .ini jawapannya...

Permulaan aku buat blog ni hanya untuk suka2 je.Dan aku tak rasa ada orang akan baca blog aku ni.Jadi kata ganti nama aku tu untuk aku bermonolog dengan diri sendiri.Takkan nak saya awak pulakkan?

Tapi akhir2 ni, blog aku dah ada pengunjung dan aku mula rasa tak selesa membahasakan diri sendiri aku dengan mereka yang aku tak biasa.Rasa cam kasar sangat pulak kalau orang baca.Jadi untuk n3 yang berikutnya aku mugkin patut gunakan kata ganti nama yang lebih lembut bila didengar.Saya @ kite mungkin???

RESIPI KEK COKLAT HAZEL

Semalam ma ngan abah balik kampung bawa menantu baru jumpa keluarga besar kami.Selalu aku mengekor je kalau ma balik kampung, tapi semalam rasa malas pulak.Sebabnya baju kotor dah banyak dalam baldi.Walaupun selang satu hari cuci baju, tetap melambak2 lagi.Dari mana ntah datangnya baju2 tu.Tak paham tak paham.

Selain tu, misi utama aku tak balik kampung sebab aku nak buat kek resipi baru.Kek yang aku buat kali ni ialah Kek Coklat Hazel resipi dari Chef Amar.Ikut resipi asal kek hazel biasa je, tapi aku menderhaka skit letak koko.Jadilah kek coklat hazel.Hehe.Memang kek ni sangat2 gebu macam kat kedai.So, pada yang berminat tu bolehla cuba ya???


KEK HAZELNUT
Oleh : Chef Amer Hamzah
Sumber: Majalah SAJI April 2013
4 biji telur
100 gm gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
15 gm ovalette (kite letak dalam 1 sudu besar)
35 ml air
95 gm tepung (kite kurangkan 20% tepung, ganti ngan koko)
1 sudu teh serbuk penaik
60 gm mentega ~ dicairkan
50 gm Hazelnut ~ dibakar dan dikisar

Sediakan loyang 8 inc, lapik dasar loyang dan sapukan mentega
Panaskan oven pada suhu 170C
Satukan tepung dan serbuk penaik kemudian di ayak
Panggang sebentar Hazelnut pada suhu 160C selama 10 ~ 15 minit kemudian dikisar
Cairkan mentega
Satukan telur, gula,esen vanilla, ovallete, dan campuran tepung dan putar hingga kembang, putih dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik adunan rata
Masukkan Hazelnut dan kaup balik perlahan
Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170 C selama 30 minit 
Terbalikkan loyang atas redai setelah kek masak.Siapppp

Pastu aku buat cream cheese frosting.Memang sedap.Tak payah nak beli kat kedai lagi dah.Aku sendiri dah lama tak beli kek.


Mempersembahkan.........Kek Coklat Hazel tahap amatur.


 See?? bab potong memotong ni memang aku fail.








Monday, May 6, 2013

KOREAN PHRASES 5


만나뵙게 되어 반갑습니다!
I'm pleased to meet you!





만나다
man na da
to meet

뵙다
bwep da
to see an elder or very respected person


되다
dwe da
1. to become, to be 
2. (particle after verb or noun to add meaning of passivity) 
3. valid, available, okay


반갑다
ban gap da
glad, happy, pleasant


니다
ni da
(particle after verb to complete sentence, polite tone)
 


Friday, May 3, 2013

KOREAN PHRASES 4

더 천천히 운전하세요! 
Please drive more slowly!


duh
more

천천히
chun chun hi
slowly

 운전
woon jun
drive, driving

하다
ha da
1. to do 
2. to be (+ adjective or noun to describe something) 
3. to have to, must 
4. (after verb to tell how another person feels)

 시오
si o
(particle after verb to make polite request)

KIRAAN TURUN HARI MENGUNDI

 


Kurang 24 jam sebelum pilihanraya umum ke 13 berlangsung.Aku yakin masing-masing sudah membuat keputusan siapa yang bakal mereka pilih sebagai wakil suara rakyat.Sepertinya pilihan itu telah lama dibuat melainkan bagi mereka yang berada di atas pagar.Masih berkira-kira untuk mengundi siapa calon pilihan.Dan bagi calon-calon pula, saat-saat terakhir ini digunakan sebaik mungkin untuk meyakinkan pengundi2 atas pagar ini untuk mengundi mereka.Bagi aku sendiri, pilihan telah lama dibuat.Jauh lebih lama dari tempoh berkempen lagi.Cuma menanti masa dan ketika saja untuk memangkah.

Seperti kebiasaannya, di kawasan kejiranan aku, pilihanraya disambut meriah sama seperti hari  raya.Untuk kali ini, kami telah sepakat untuk mengadakan BBQ pada malam pengiraan undi dibuat.Tak kiralah menang atau kalah (kalau boleh nak menang), yang penting dapat berhimpun bersama2 sambil mendengar keputusan.Selain BBQ, aku nak buat bakso dan kek.Kak Dah sebelah rumah pulak nak buat mi rebus.Makcik Yah pula rasanya anak dia Angah nak beli sate.Sakan kitorang beraya malam esok.hehe.bukan apa, masa2 ginilah dapat jumpa ramai2 memandangkan kebanyakan dari anak2 jiran bekerja di luar Kelantan.Aku aje yang ada kat sini. :)

Akhir kata, selamat mengundi buat semua.Apa juga keputusan, harusla diterima dengan berlapang dada.Ini hanya permulaan, tugas sebenar hanya akan bermula apabila sidang dewan dibuka.Kita tengok perubahan apa yang akan berlaku nanti.

PEACE!!!! AMAN