Sekarang ni produk kesihatan semakin bertambah di pasaran.Tak kiralah dalam bentuk minuman, kapsul ataupun cecair, pasti akan mendapat sambutan yang memberangsangkan.Sebenarnya jika kita mengamalkan pemakanan seimbang,makanan kesihatan @ makanan tambahan ni tak perlu pun.Pada awalnya aku sendiri tak pernah amalkan memakan mana2 produk kesihatan ni.Segalanya bermula apabila atuk saudara aku diserang penyakit kencing manis yang menyebabkan matanya kabur.
Cuba untuk membantu,aku tinjau-tinjau dalam surat khabar tentang produk yang baik untuk pesakit kencing manis.Dan aku tertarik dengan satu produk berasaskan kurma iaitu khal tamar.Berdasarkan apa yang aku baca, khal dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar, epal, anggur dan tin yang diperam dalam satu jangkamasa tertentu sehingga bertukar menjadi alkohol seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat kemudian alkali sehingga akhirnya menjadi khal atau dalam bahasa melayunya kita panggil cuka.
Khal merupakan satu bentuk minuman kesihatan yang menjadi amalan Rasulullah saw berdasarkan kepada hadis2 sahih.
SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI SAW TENTANG KHAL BERMAKSUD :
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d).Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawah : "Kami tidak mempunyai apa-apapun melainkan khal:, lalu Baginda memintanya: lalu Baginda pun mengatakan :sebaik-baik hidangan adalah khal."
(Muslim 2052)
Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, "Sebaik-baik hidangan makanan ialah khal.YA Allah berkatilah pada khal, sesungguhnya khal itu adalah makanan para nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus khal dalam suatu rumah."
(Ibnu Majah, 3318)
berdasarkan kepada itu aku sarankan atuk aku supaya mencuba khal tamar ni dan alhamdulilliah selepas beberapa lama, aku diberitahu yang mata atuk aku mulai cerah dan dia yang sebelum ni tak boleh mengaji kerana mata tak nampak dah boleh mengaji balik.
Tak lama pastu abah ada beli buku biografi Rasulullah.Buku ini menceritakan tentang
sejarah kelahiran Rasulullah, perihal kejadian tubuh badan dan sifat
Rasulullah, para sahabat, detik2 kenabian, dakwah, hijrah sehingga ke
saat wafatnya Rasulullah.Pada satu bab, ia menceritakan makanan kegemaran Rasulullah dan salah satu daripadanya ialah khal.Ini buatkan aku terfikir yang aku sendiri patut cuba amalkan meminum khal.Dan sekarang dah hampir 3 tahun aku amalkan minum cuka kurma ni.Aku campurkan dengan sesudu besar madu, so kurangla sikit rasa masam dia.
KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini
seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol,
lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan
kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat
mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir,
masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan
kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.
1. Manfaat Khal Dalam Peradaban Silam Dunia
Penemuan bertulis khal dicatat sekitar 5000 sebelum Masihi, apabila
Babylon mula-mula menggunakan tamar (kurma) untuk dijadikan wine dan
cuka. Khal ketika itu digunakan sebagai makanan dan pengawet organik.
Kesan khal ditemui pada serpihan bekas tinggalan kota Mesir purba
sekitar 3000 sebelum masihi. Begitu juga sejarah amalan khal di China
sekitar 1200 sebelum masihi.
Pada era peradaban kristian, khal diguna sebagai perasa tambahan dalam
makanan, minuman penambah tenaga, dan sebagai ubat-ubatan, seperti
tercatat dalam bible perjanjian lama.
Di zaman Greek kuno, sekitar 400 sebelum Masihi, Hippocrates, bapa
perubatan moden menggunakan khal bercampur madu untuk mengubati pelbagai
penyakit, termasuk demam selesema dan batuk.
2. Khal dan Faedah Ketenteraan
Sejarah amalan khal menyediakan pelbagai contoh penggunaan kepada para
pahlawan dan tentera. Khal yang dicairkan telah digunakan sebagai
minuman pemberi tenaga (tonik tenaga) kepada tentera berkurun lamanya.
Tentera Roman menamakan khal minuman pemulih tenaga sebagai 'posca', dan
mengamalkan khal secara berterusan seperti juga samurai Jepun. Tambahan
khal dalam air minuman membantu dalam membunuh sebarang bakteria
infeksi (jangkitan) kemungkinan wujud dalam badan.
Sepanjang sejarah, sifat antiseptik khal secara semulajadi menyebabkan
khal digunakan sebagai pembersih dan disinfektan pada bahagian luka
seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Khal juga diguna dalam Perang Sivil Amerika dan hingga akhir era Perang Dunia Pertama.
3. Penggunaan Luarbiasa Khal
Sekitar 40 sebelum Masihi, permaisuri Cleopatra semasa perayaan
menyambut jeneral Rom, Mark Anthony, baginda melarutkan mutiara kedalam
cairan khal, sebelum meminum khal tersebut. Sebagai tanda baginda mampu
mengadakan pesta mahal hanya untuk mereka berdua.
Pada 1721, wabak Bobonic (Bubonic Plague) menular di Perancis, begitu
tragik sehinggakan banyak mayat dibiarkan sahaja di mana-mana tidak
dikebumikan. Untuk menyelesaikan masalah ini, penguasa Perancis
mengarahkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati untuk menguruskan
mayat yang dijangkiti. Ramai banduan mati kecuali satu pasukan pencuri
empat orang, mereka terselamat dengan meminum khal bersama bawang putih
dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.
Dengan merendam span ke dalam khal dan diletakkan di depan hidung semasa
berjalan, aristokrat Eropah abad ke-17 dan ke-18 berjaya menghindari
bau busuk sampah dan air longkang di jalanan kota.