Wednesday, December 29, 2010

OLE OLE OLE.......





Malaysia

vs



Indonesia



Menang akhirnya.Alhamdulillah berbekalkan 3-0 pada perlawanan peringkat pertama di Stadium Bukit Jalil dan ditambah pula dengan 1 gol hasil jaringan Safee Sali di Stadium Bung Karno, Piala AFF Suzuki (dulunya Piala Tiger) akhirnya berada dalam dakapan Malaysia.Percayalah, ketika ini walau siapa pun anda, peminat @ sekadar pemerhati pasti akan gembira dengan kemenangan ini.

Pencapaian terbaik Malaysia sebelum ini ialah apabila menjadi naib juara pada tahun 1996 iaitu pada edisi sulung Piala AFF@Tiger.Ternyata penantian selama 14 tahun akhirnya berjaya dijelmakan oleh anak-anak buah K Rajagopal pada malam ni.

Walaupun pada separuh masa kedua, Malaysia bolos 2 gol, namun pujian harus diberikan kepada Khairul Fahmi kerana berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang, tenang dan matang.

Juga tahniah kepada Safee Sali kerana menghadiahkan gol yang amat amat membantu dalam mencapai kemenangan kali ini.Dengan 5 gol sepanjang berlangsungnya kejohanan ini,sudah pasti membolehkan Safee memperoleh anugerah penjaring gol terbanyak meninggalkan pesaing terdekat Christian Gonzales (Indonesia), 3 gol.

Tahniah buat semua skuad Malaysia, jurulatih, pegawai-pegawai dan seluruh rakyat Malaysia.

Harapan kami, ini adalah permulaan yang baik dalam usaha mengembalikan kegemilangan Malaysia sebagai salah satu pasukan gergasi Asia yang pernah digeruni satu masa dulu.


* buat penyokong-penyokong, semaikan semangat kesukanan yang jitu dalam diri anda.Tak salah menyokong pasukan masing-masing tapi jangan sampai merendah-rendahkan orang lain.Jangan kerana sukan, korang bertelagah, mencaci, mencerca sesama sendiri.Takde faedah ok?

Saturday, December 18, 2010

MAIN MASAK MASAK




Pada petang sabtu yang ceria (metafora beb) beberapa minggu lepas, terasa boring semacam.Nak tengok tv takde yang best.Tapi tetap tak putus asa nih.Dalam dok tekan2 chanel kot ada cite yang sangkut ngan jiwa, tertekanlah (ter....la plak)chanel RTM 2.Ada cite masak2.Lain dari yang biasa nih.Tengok jap.

Sekali bukan sekejap, tapi sejam terpaku depan tv.Pastu melarat2 pulak sehingga Sabtu2 yang lain.Rancangan yang telah berjaya memfreezekan aku supaya tercongok selama sejam di depan tv ni ialah.....Beautiful Cooking terbitan TVB, Hong Kong yang dikelolakan oleh 3 lelaki pujaan malaya...oh tak, pujaan seluruh dunia (besar tu),Ronald Cheng, Alex Fong dan Edmond Leung

Sebenarnya aku memang selalu tengok gameshow TVB ni.Selain best, lucu dan menghiburkan ia banyak libatkan selebriti2 popular Hong Kong.Cuma lainnya BC ni,undangannya adalah 3 orang selebriti perempuan yang dijemput setiap minggu untuk berentap bagi menunjukkan kemahiran memasak.Perempuan, setinggi manapun kerjaya kena masuk dapur jugakkan?Jadi bolehlah tengok setakat mana pandainya selebriti kesayangan menghayun senduk dan sudip ke dalam kuali.

Untuk pengetahuan, rancangan ni terbahagi kepada beberapa segmen.Kita cite segmen yang melibatkan selebriti undangan je.

SEGMEN 1

Master chef akan memasak satu jenis resipi dan peserta dikehendaki meneka bahan apa yang digunakan dan kemudian cuba memasak resipi tersebut.

SEGMEN 2

Peserta dikehendaki meneka apakah bahan utama masakan yang akan mereka masakkan (selalunya seafood)dengan cara memegang bahan tersebut dengan mata yang tertutup.Mereka kemudiannya dikehendaki menyiang, membersihkan dan memasak mengikut citarasa masing masing.


pelakon kesukaan i lah, Charmaine Sheh


Untuk penilaian, hasil masakan mereka akan dicuba dan diberi markah oleh beberapa orang juri yang terdiri dari selebriti lelaki dan seorang chef.Tetamu yang bertuah juga turut diberi kesempatan merasa masakan selebriti kesayangan mereka.Dan pemenangnya akan diumumkan dipenghujung rancangan.


Apa macam, menarikkan?belum tau apa aktiviti petang Sabtu anda, rajin-rajinlah singgah ke RTM 2 untuk menonton rancangan ni, ok?






Monday, December 13, 2010

TERBANG BERSAMA DANIA





Dania

musim baru, pelakon baru

uniform pun baru


Belum terlambat lagi kot nak cerita pasal Awan Dania 3 yang dah masuk episod ke 4 di saluran Astro Ria.Sejak dari musim pertama lagi memang aku tak pernah miss tengok cite ni.Sebabnya

1. Cerita ini mengingatkan aku pada cerita Jepun kesukaan aku masa kecik kecik dulu, Chiaki.

2. Inilah satu satunya (aku rasalah) drama produksi tempatan yang memaparkan kisah di sebalik kerjaya glamor yang kedua selepas artis.

3. Satu perkara lagi yang buatkan aku melekat dengan siri ini adalah disebabkan oleh karakter yang dibawakan oleh watak Dania yang agak kontra dengan persepsi umum masyarakat yang seorang flight attendance tu harus sentiasa control cantik, anggun,sopan dan lemah lembut.

4. Malas nak memberat kepala otak dengan cerita-cerita yang serius dan tak berapa nak logik.

5. Lagu tema dia best.huhu

Jadi kepada sesiapa yang nakkan hiburan yang santai dan relaks sambil bergelak ketawa, dipersilakan tengok cerita ini.Sekian, terima kasih.

Saturday, December 4, 2010

ANDAI ITU TAKDIR BUATKU




Hari buat kali ke 8. aku kecewa lagi.Kecewa kerana gagal dalam panggilan temuduga KPLI.Dan sebenarnya, bukan hanya KPLI, malah hampir semua permohonan aku selain KPLI menerima nasib yang sama.

Aku sendiri tak tahu di mana sebenarnya silap aku.Aku dah cuba yang terbaik tapi hasilnya tetap sama.

Kenapa????? soalan yang sentiasa ada dalam kepala otak aku

  • kenapa aku tak sebertuah orang lain.Bodoh sangatkah aku?
  • kenapa aku mesti masuk universiti jika akhirnya aku hanya akan jadi kerani di sebuah kilang kecil?
  • kenapa aku tak pernah dipanggil temuduga walaupun hanya untuk jawatan pembantu sedangkan keputusan aku tak seburuk manapun?
  • kenapa aku tak pernah mendapat peluang seperti yang orang lain dapat
kenapa.......kenapa......kenapa????????

Tapi aku sedar?

tak guna aku keluhkan semua ni

tak guna aku ajukan semua persoalan ini

kerana......................itu hanya akan membuka amalan syaitan yang tidak akan pernah putus asa untuk menyesatkan manusia yang alpa.Aku tak boleh alpa..apa yang terjadi ada sebab musababnya..

kerana Allah lebih tahu apa yang dia telah susunkan untuk aku.


menangis??????


tak akan lagi


takkan ada lagi airmata yang tumpah


tak akan ada lagi sendu yang tertahan


tak akan ada lagi esak dalam diam


kerana aku telah redha dengan apa yang terjadi untukku


yang penting.........................


aku ada ibubapa yang sangat mengerti aku
memahami aku
ada di saaat aku perlukan sangga untuk bertongkat
itu adalah perkara yang paling penting untukku......................


Ya Allah, kuatkanlah aku dalam menghadapi setiap apa saja yang mendatang.Amin



oh ya Fiza, ingat.....Allah sentiasa ada bersama kita dalam susah ataupun senang. Ingat tu, dan kau akan tenang.....



++++ esok cite korea, nanti mesti kau akan senyum balik.......:))))))))