Artikel ni dah lama aku baca.Cuma baru sekarang terasa cam nak kongsi.Memang menyentuh hati dan perasaan.
MENCARI BINTANG TIMUR
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, “Mengandung kut?”. Dia kata tak ada. Oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia berjumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.
Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuk bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ubat bagi isteri dan anak dalam kandungan.
Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afa’l. Dan cerita itu kembali bercerita kepada saya.
Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana ?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang anda ingin nasihati.
3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dalan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit, “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawap bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya ceritakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.
Saya bacakan kisah pada rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyeyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.
Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya lihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.
Saya bertekad dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyeyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul “bintang timur kecil’ dalam hidup saya.
Sumber: Mingguan Malaysia
Friday, August 27, 2010
KENANGAN RAMADHAN DI UKM
Dah masuk hari kedua kita berpuasa.Kalau dalam entri tahun lepas aku ceritakan pengalaman kali pertama berpuasa, kali ni nak imbas pengalaman berpuasa masa kat UKM.Mula puasa memang haru.Maklumle first time puasa sensorang.Lepas berbuka terus turun pegi public phone,telefon rumah.Terubat rindu dengar suara family kat kg.Roomate aku jarang berbuka kat rumah.Pegi Pasar Ramadhan pun sorang-sorang je.Kat sini banyak gak makanan Kelantan yang dijual tapi harganya agak mahal.Dahla tu, rasanya pun tak sesedap yang dijual di Kelantan.Aku pernah beli kuih Akok & lompat tikam.Tak sedap betul.Kalau orang luar beli mesti dia ingat kuih orang Kelantan ni tak sedap.Padahal orang yang berniaga tu yang buat ala kadar.Nak untung lebihlah tu.Tak baik woooo.
Tapi, part bersahur tu yang paling sedih.Pernah sekali tu aku bersahur sorang-sorang.Bangun pukul 4 pagi goreng bihun, makan sorang-sorang.Boleh berderai air mata dibuatnya.Dengar plak radio THR yang awal-awal puasa dah pasang lagu raya.Syahdu beb (padahal dalam Malaysia je pun, bukannya dok oversea.Keke)
Tu suma masa tahun pertama je.Masuk tahun kedua, kawan pun dah ada, jadi takdelah sahur sorang2 lagi.Balik dari kolej je, terus pegi tanda kedatangan kat pasar ramadhan.Menu utama yg dibeli, roti bom, charkuetiaw dengan bihun sup utara.Ulang yang tu jelah sepanjang puasa, sebab dia bestttttttttt.
Pasal terawih pulak, tahun pertama puasa, ia dilakukan di surau (lebih tepat lagi bilik yg dijadikan surau.Maklumla kolej luar).Selepas kemasukan pelajar lelaki pada tahun kedua, solat terawih dilakukan di gelanggang badminton.Berbumbungkan langit gitu.Tapi aku dulu selalu gak ponteng.Nak2 time kelas habis lambat.Alasan penat kononnya.Alhamdulillah bila umur dah makin meningkat ni kesedaran tu dah mula timbul.Terawih terlalu berharga untuk dilepaskan macam tu je.
Bila berjauhan dari keluarga ni,time nak balik rayalah paling best sekali.Barulah tahu kenapa perantau-perantau berkobar-kobar nak balik kampung masa raya.Feel nak raya tu lain berbanding ngan dok di kampung yang hanya tunggu hari raya je.Kalau perantau ni, perjalanan nak balik kampung tupun dah menyeronokkan.Belum kira lagi ngan buah tangan yang dibeli untuk keluarga.Feeling abis.Sebulan sebelum raya dah beli tiket sebab selalunya tiket ke Pantai Timur cepat habis.Agak-agaknya berapa ramailah orang Pantai Timur yang dok kat KL nikan?Untung pengusaha-pengusaha bas.
Tahun 2 lak saja nak try balik raya ngan bas UKM.Ni suma atas inisiatif Persatuan Anak Negeri masing-masinglah.Dalam hati, mesti seronok giler balik ngan member-member.Tapi….bila sampai masa nak balik, bas yang sepatutnya baru dah jadi tak berapa baru.Kuota penuh kot.Terpaksa naik bas lama.Itu tak penting, logo UKM tu yang penting.Haha.Walaupun takde aircond dan kerusi tak boleh laras tapi enjoy gak balik ramai-ramai ni.Bising satu bas.Maklumlah, kita-kita je.Seronoknya kalau dapat ulang balik masa tu.
Tahun ke 3, barulah balik dengan bas ekspres.Antara ketiga-tiganya, yang nilah paling selesa.Tido sepanjang perjalanan.Sampai masa sahur, baru buka mata.
Seronoknya beraya kat kampung.Balik kolej, sambung raya kat sana pulak.Sebulan tu raya.Best betullllllllllllll

Tahun pertama balik raya ngan tren.Saja je nak try.Dengan menggunakan kad pelajar, dapatlah harga murah sikit.RM30 pergi balik.Penumpang pulak ramai giler masa tu.Mana yang takde tiket tu duduk kat atas lantai di antara gerabak-gerabak keretapi tu.Suma dah tak kisah, janji boleh balik kampung.Tu takpe lagi, ni ada pulak dok kat tempat rehat tangan kerusi penumpang.Memang seksa.Nak bergerak ke mana-mana memang tak boleh dah.Sempit sangat.Nak ke toilet pun takleh.Paling lawak masa nak solat.Aku ingatkan solat kat dalam tren ni boleh je solat cam biasa.Jadi sembahyanglah aku, Soe dan Eshah dengan konfidennya.Sekali masa tengah rukuk kitorang hampir tersungkur.Patutlah aku tengok semua orang sembahyang duduk.Pengalaman tu.Kalau tak cuba tak tahu.
Bestnya naik keretapi ni bila dah masuk waktu pagi.Fuhh, panorama kat luar memang cantik.Nak-nak masa lalu kat sawah bendang.Cantik sangat.Satu je yang tak syok, lama sangat.12 jam tu.Cuma untuk sekali lagi naik tren masa musim raya, memang takla.Tak larat nak bersesak.
Bestnya naik keretapi ni bila dah masuk waktu pagi.Fuhh, panorama kat luar memang cantik.Nak-nak masa lalu kat sawah bendang.Cantik sangat.Satu je yang tak syok, lama sangat.12 jam tu.Cuma untuk sekali lagi naik tren masa musim raya, memang takla.Tak larat nak bersesak.
Tahun 2 lak saja nak try balik raya ngan bas UKM.Ni suma atas inisiatif Persatuan Anak Negeri masing-masinglah.Dalam hati, mesti seronok giler balik ngan member-member.Tapi….bila sampai masa nak balik, bas yang sepatutnya baru dah jadi tak berapa baru.Kuota penuh kot.Terpaksa naik bas lama.Itu tak penting, logo UKM tu yang penting.Haha.Walaupun takde aircond dan kerusi tak boleh laras tapi enjoy gak balik ramai-ramai ni.Bising satu bas.Maklumlah, kita-kita je.Seronoknya kalau dapat ulang balik masa tu.
Tahun ke 3, barulah balik dengan bas ekspres.Antara ketiga-tiganya, yang nilah paling selesa.Tido sepanjang perjalanan.Sampai masa sahur, baru buka mata.
Seronoknya beraya kat kampung.Balik kolej, sambung raya kat sana pulak.Sebulan tu raya.Best betullllllllllllll
Monday, August 23, 2010
BUKA PUASA DI KAMPUNG
Hmmm.Dua tiga hari ni agak sibuk sampai tak dan nak update blog SS ni.Hehe.Khamis lepas, satu family pulang berbuka puasa kat kampung.Pas keje kul 1 g ambik Zila kat KBMC.Pastu sempat singgah Billion jap beli baju raya Zila.Amar pun ikut sekali.Habis shopping terus balik umah.Kot tak sempat buka kat kampung kalu lambat bertolak.
Jam 4.10 petang, gerak.Sampai kat Guchil, singgah kat Bazar Ramadhan jap beli kuih muih mana yang patut.Tiba kat kampung dalam 6 lebih.Bestnya.Lama tak balik.
Pas solat Asar, suma masuk dapur untuk prepare buka puasa.Juadah banyak gilerrrr.Masing-masing beli kuih.Sekali terbanyaklah pulak.Ada pengat pisang, akok, murtabak dan banyak lagila.Lauk pulak, ayam gulai tempoyak, saambal tempoyak, ayam masak serai dll.Ni suma ayam ngan tempoyak ni apa cerrr.....
dah masuk waktu berbuka.Meriahnya terasa.Ada nenek, makcik makcik dan kami sekeluarga.Makan pun tambah berseleralah.Tapi tetap tak tambah nasi sebab makan, makan jugak, tapi jangan sampai terlebih.Kang raya ngan t shirt je.Hehe
Pas terawih, gerak balik ke KB.Tak puas lagi dok kampung.Tapi takpe raya nanti balik lagi.Yahoooooo........

Sunday, August 15, 2010
SILA AMBIL PERHATIAN
Mandi Junub
Artikel ni aku dapat dalam FB salah seorang sahabat dan rasanya patut dihebahkan kerana ia berkaitan dengan amal ibadat yang kita lakukan sehari hari.
Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
by Azarudin Bocheh on pada 05hb Ogos 2010 pukul 11.36 pagi
KUNJUNGAN KE BAZAR RAMADHAN
Hari ketiga berpuasa aku berkesempatan ke bazar Ramadhan.Maklumlah Zila ada balik.And for the first time jugak ma mengofferkan diri nak ikut sekali.Kalau tahun tahun sebelum ni kirim salamlah dia nak ikut.
Dari pemerhatian aku, bazar kali ni cam tak meriah je.Sepertinya tak ramai peniaga seperti tahun sebelumnya.Ke perasaan aku je?
Cam biasa takde yang menarik perhatianku untuk dibeli.Maklumlah jenis tak makan kuih (sebenarnya banyak yang dibeli tak menepati selera).Buka terus makan nasi.Makanan senggang memang takde (sambil diet.kot tak muat baju raya.hehe).Ma pulak beli lauk cam tomyam dan ikan bakar, Zila beli cream caramel dan untuk abah onde onde.Tu je.
Itu jelah laporan untuk kali ni.

eh! ni juadah berbuka jugak ke?
Saturday, August 14, 2010
RAMADHAN DATANG LAGI (NOSTALGIA PUASA PERTAMA)
Diam tak diam, Ramadhan tiba lagi.Setahun terasa sekejap je.Dan dalam masa setahun ni jugak entah berapa banyak amalan baik yang telah dilakukan dan diterima olehNya.Belum kira dosa yang dilakukan lagi (sedar atau tanpa sedar).Semua tu pasti akan dikira nanti.Semoga kehadiran Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan melakukan amal ibadat sebanyak mungkin dan berusaha menghindari perkara-perkara yang dilarang, insyaallah (pesanan untuk seluruh muslimin muslimat, terutamanya buat aku sendiri).
Mengenang saat kali pertama berpuasa, pasti aku akan senyum sendiri.Maklumlah budak-budak baru nak belajar berpuasa.Aku mula berpuasa semasa umur 7 tahun.Memang terasa besar sangat cabarannya masa tu.Antaranya ialah menahan diri bila melihat teman-teman sebaya yang tak berpuasa enak mengunyah donut yang makcik kantin jual.Memang donut dia masa tu yang terbaik pernah aku makan.Jadi bila berpuasa, terpaksalah menahan liur.
Balik dari sekolah pulak, terus masuk bilik air.Mandilah kononnya.Memang lama betul mandinya.Pastu buat-buatlah tertelan air.Hehe.Tapi setakat tu jelah.takdelah pulak sampai mencuri curi makan.
Lepas Zuhur, pegi mengaji kat surau,Balik mengaji,singgah kedai Mak Iti beli aiskrim wat makan masa buka nanti.Selalunya aiskrim vanila salut coklat.Tiap tiap hari yang tu jelah.
Kat umah, selalunya tidur kat tangga belakang rumah.Maklumla tangga batu.Teduh pulak tu ngan pokok yang merimbun.Nyamannya terasa.Ada sekali tu, tengah syok baring kat tangga, aku tertengok mak aku sedang suapkan megi tuk adik bongsu aku Zila.Aduiii, terliur dibuatnya.Tahan tahan....
Masanya dah hampir tiba.Siren berbunyi menandakan dah masuknya waktu berbuka.Apa lagi, santap le.Masa tu aku paling gemar makan kuih lopes.Sambil menunggu waktu berbuka, aku ambik kelapa yang ada pada kuih tu, campur ngan air gula merah dan wat watlah cam tengah menumis bawang (tengok,masa tu dah ada cita2 nak memasak ni.hehe) Air pulak, sirap ngan biji selasih.Aku panggil air sirap ngan telur katak (sungguh kurang sopan).
Satu hal lagi, sehari berjaya puasa penuh, aku akan dapat 40 sen.Bukannya ganjaran tapi duit raya yang ma bagi awal awal lagi (yeke bukan ganjaran?).Bila cukup sebulan, penuh beg duit aku ngan duit syiling.Kayo pakcik.Kira masa raya dah tak dapat lagila duit raya.So, kalau nak banyak kenalah rajin puasa.
Itu bab puasa.Masa raya lagi best.Maklumlah budak budak.Raya lambat lagi tapi baju dah lunyai.Hari hari try.Masa aku umur 4 @ 5 tahun, tengah seronok berpusing2 menery baju raya, aku terhantuk kat bucu kerusi.Darah banyak sangat.Sampai sekarang parut kat kening aku masih ada.Dan baru baru ni, anak buah aku ada tanya "nape ngan kening Ngah? " aku cite jela keexitedan aku menery baju baru.Hehe
Kalu cite pasal raya mesti tak syok kalau tak cite pasal mercun dan bunga api.Masa tu mercun belum diharamkan lagi.Memang berdentum dentam seluruh kem ngan bunyi mercun.Tapi masa tu takde pulak yang sampai putus jari, kudung kaki kena mercun.Budak dulu yang berhati-hati ke, budak sekarang yang cuai.Hmmmm.
Masa malam raya, tengah syok syok main bunga api, tetiba aku rasa perit kat bahu.Rupa rupanya kawan aku dah tercucuk bunga api kat aku.Apa lagi, berlubanglah baju.Sakit pun dapat, kena marah....lagilah.Sian aku.Kena buli.Sebab tulah kot bila aku sekolah menengah aku pulak buli orang.Kira Buli Balik la ni.Haha.
Tapi itulah yang menjadi kenangan paling manis dalam hidup aku.Terasa cam nak jumpa balik kawan kawan lama tapi itu agak mustahil.Maklumlah masa kecik tak sempat nak hafal nama kawan, main panggil nama timangan je.Kalu tak boleh cari dalam FB.

Subscribe to:
Posts (Atom)