Thursday, May 20, 2010

CHICKEN FLOSS BURU-BURU

Selasa lepas, tetiba je rajin nak mencuba resipi baru.Seperti biasa kalu dah gatal tangan ni memang dah tak boleh tangguh2 dah.Kali ni nak buat chicken floss roll.Maka dengan excitednya pas balik keje terus masuk dapur & ready tuk 'berperang'.

Baik punya adunan


Round yang pertama suma ok.Adunan pun dibakar ngan baik dan sedang elok masaknya.Namun...........teng teng teng.

Dek kerana tak sabar nak tengok hasilnya, terus je aku masukkan dia punya krim tanpa tunggu sampai adunan tu betul2 sejuk.Pe lagi, cairlah krim tu.Seb baik baki krim ada g.kuang kuang kuang.Pastu masukkan chicken floss.Tiba masa nak menggulung pulak, baru gulungan pertama dah patah.Aduii.
Terus tak jadi gulung.Aku terus potong dan masuk dalam mulut.Haha.Inilah akibatnya wat keje terburu-buru.

P/S : Walaupun rupanya tiada tapi tetap gebu dan sedap dimakan.Resipi dari blogger mana ntah.Masa penyediaan cuma setengah jam.Kejapkan?

Tengok tu.Krimnya cair dan gulungannya patah.hahaha.

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

8 May 2010(Sabtu)
Esok adalah hari yang paling barmakna kepada semua ibu-ibu di muka bumi ini kerana hari tersebut adalah hari penghargaan buat mereka iaitu Hari Ibu.Mungkin akan ada yang berkata takkan bila Hari Ibu je baru kita nak sayang ibu, telefon ibu, peluk ibu?Memang setiap hari kita perlu menyayangi dan menghargai ibu tapi akan ada satu hari yang paling bermakna untuk kita tunjukkan betapa kita sangat menyayangi ibu seperti pada hari ni.

Sebagai contoh, anak jiran aku sendiri.Walaupun bertugas menjaga keselamatan negara di sempadan, namun masih sempat berkejar balik ke rumah hanya untuk meraikan Hari Ibu bersama ibu tersayang.Adik aku yang keje kat KL pun sempat balik untuk meraikan hari istimewa ni.

Bagi aku dan adik beradikku, jika tahun lepas kami belikan kek untuk ibu,tapi tahun ni kami adakan kelainan dengan membawa ibu kami makan di luar.Kali ni kami bawa dia pegi makan steamboat.Mungkin apa yang kami lakukan tak besar tapi cukup untukbuat ibu kami happy.Hari ni adik aku yang belanja.Walaupun awal sehari tapi itu tak jadi hal.Yang penting ingatan dari anak kepada ibu.

Oh ya,hari ni jgk bos aku kat KL telefon minta aku tolong orderkan kek dan bunga untuk ibunya yang tinggal kat KB.Pada mulanya aku sangkakan dia minta aku belikan orkid tapi rupa-rupanya "bunga or cake".Sebab tulah aku konfius.Bahasanya rojak.hehe

Jadi, berkejar aku ke kedai kek yang berdekatan tuk belikan kek untuk dihantar kepada florist.Memanglah kedai tu sediakan pakej tuk bunga dan kek tapi memandangkan order last minute, terpaksa bawa kek sendiri.Yang penting tugas aku setel. :)

9 May 2010.
Hari ni adik aku dah balik KL.Sebelum ke tempat keje, aku sempat ucapkan selamat Hari Ibu kepada ibuku.Plan hari ni nak belikan pizza untuk ibuku.Sebenarnya dah rancang dari awal tapi adik aku nak gak makan steamboat.Jadi, plan beli pizza tu beralih ke hari ni.

Sampai kat tempat keje plak tetiba je,staf aku bagitau yang dia tetiba teringat kat ibu dia yg dah 2 tahun tak jumpa (dia membesar ngan nenek, so tak biasa ngan ibu sendiri).Katanya dia tak pernah sambut hari Ibu dan tahun ni teringin tuk meraikannya bersama ibunya.Dia mintak pandanganku apa yang mahu diberikan kepada ibunya.Selepas memberikan pendapat (tak pasti bernas ke tidak tapi boleh digunapakai.hehe), dia minta aku tolong belikan kek untuk ibunya.Oklah, sempena hari ibu ni, aku akan bantu untuk gembirakan hati semua yang bergelar ibu.

Balik kerja, ambik adik kat umah dan terus ke Pizza Hut.Balik rumah kami raikan hari ibu untuk kali kedua.

Untuk Ma yang tersayang, Selamat Hari Ibu.Your the best mom in the world and i love you so much.Muah muah muah