Lamanya tak lepak kat sini.Cam takde benda je nak cerita.Tapi bila biar lama-lama terasa rindu plak.Jadi kali ni nak cite skitlah aktiviti hujung minggu aku.
Cam selalu kalau hari minggu je, bersidai kat rumah je.Bukannya apa, cuti sehari je, jadi masa cuti camnilah nak rehat habis-habisan (macamla keje pikul guni beras).Oh ya, hari ni grup abah bertugas untuk meronda di kawasan kejiranan kami.Sebagai meraikan grup abah berjaya merangkul tempat pertama kumpulan terbaik Skim Rondaan Sukarela (SRS), jadi malam ni ada something special yang abah nak suh aku buat.Bakso dan kek.hehe
Kerja-kerja menyediakan bakso bermula sejak pagi lagi.Cuma rencah2nya je aku masukkan malam.Buat awal2 kang kot kitorang dulu yang sebat.Bermula dengan merebus tulang dan paling utama, membuat bakso (meatball) tu sendiri.Kalau ikutkan banyak kali dah jugak aku buat bakso, tapi selalunya aku guna bakso yang dah siap.Kalau yang sendiri bikin tu baru masuk 2 kali.Jadi kat sini aku tunjukkan cara2 nak wat bakso tu okeh?
RESIPI BAKSO (LEBIH KURANG 16-20 ORANG)
Untuk kuahnya:
- daging/tulang (rebus dan airnya akan diguna untuk buat kuah nanti)
- 10 biji bawang merah dihiri
- 10 ulas bawang putih*
- 1 sudu kecil lada sulah biji*
- sedikit buah pala* (agak2 besar hujung jari kelinking je sebab bau dia kuat)
- garam dan perasa
- sedikit daun ketumbar / daun sup (akar jangan buang sebab bau dia lebih ummmph kat bahagian tu.cuci bersih2 ya, kot ada pasirlah pulakkan)
Setengah resipi tu ada letak halia dan serai tapi aku punya resipi takde sebab aku ikut resipi yang makcik aku bagi.
Untuk bakso plak
- 800 gm daging cincang
- 4 biji bawang merah diracik halus
- 4 biji bawang putih diracik halus
- 2 telur (aku ambik yg putih je)
- 2 sk tepung ubi / tepung jagung
- sedikit lada sulah (tumbuk) dan garam
- UTK KUAH; Tumbuk semua bahan bertanda * . Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk air rebusan tulang.Masuk garam ngan perasa sekali
- Masuk sekali daun ketumbar (masukkan camtu je.takyah hiris2 sebab kita nak ambik bau je).
- UTK BAKSO; satukan semua bahan.Perapkan sekejap, pastu bentukkan jadi bebola.
- Dah siap bola-bola tu, masukkan dalam air rebusan tadi (yang mendidih ya, bukan yang dah ditutup api.kang tak masak plak bola2 tu.hehe).Bebola tu akan timbul bila dia masak.
- Dah siap.bolehla dihidang bersama bihun, sambal dan jugak sos beserta kicap.Selalu orang johor guna sos dan kicap ABC tapi kat Kelantan ni tak pulak aku jumpa.Jadi pandai2lah cari alternatif lain.
Dah siap pun bakso, skang masanya untuk buat kek plak.Wah, makan besar grup En Harun malam nih.Haha.Makanan dalam hamper lagi.Huhu
putih telur dan tepung ubi
lada putih, buah pala, bawang putih dan merah untuk kuah bakso
bahan2 tuk masuk dalam meatball
masuk, bawang putih, merah, lada putih, tepung ubi dan garam
perapkan kejap
kepal-kepalkan camni tuk jadikan bebola
didihkan kuah sebelum masukkan meatball
bila dah masak, dapat dalam 70 biji
eh....dah siap dah
yang kat bawah ni pulak, kek yang dah aku buat.bolehla daripada takde
belum hias gi
saja nak tunjuk tahap kegebuannya.haha
tada.......
tak secantik kek yang dibeli tapi sangat puas hati