type="text/javascript">
Aku yakin dan pasti seumur hidup aku takkan pernah dapat join program Fear Factor @ Amazing Race Asia.Tapi pengalaman pada 27 Februari 2011 sudah cukup untuk membuatkan aku merasa seperti berada dalam rancangan tersebut malah mungkin lebih lagi kot.
Malam tu selepas solat maghrib, aku abah dan ma bertolak balik ke kampung untuk menjenguk tok.Sambil tu jugak nak bawak dia sama-sama pegi jalan jalan kat Terengganu.Zila pun ada kat sana lagi.
Dari rumah cuaca agak mendung tapi tak pulak hujan turun.Jadi aku beranggapan semuanya akan ok.Tapi sebaik saja sampai kat kampung hujan turun manja2.Untuk ke kampung, kami kena menyeberangi jambatan sepanjang 100 meter (lebih kurang).Air dah mula memenuhi jambatan.Kalau seberang jugak memang confirm esok tak dapat keluar sebab air mungkin akan naik lagi.
Mulanya abah buat keputusan nak patah balik je, tapi bila tengok ada satu kereta keluar dari kampung, abah ubah fikiran.Tuan punya keta, Pakcik Bakri rupanya nak alih kereta ke seberang sini, bimbang kalau air naik lagi.
Abah tanya dia, camne dia nak seberang balik ke kampung.Katanya, dengan cara mengharungi air atas jambatan.Aku mula cuak.Giler tak.......menyeberang jambatan dengan air hampir setengah betis tanpa apa-apa bantuan keselamatan pada pukul 10 malam.Tambah pulak takde penghadang di kiri kanannya.Memang kiri kanan air je (boleh bayangkan tak bagaimana perasaan aku?).Dahla tu, dengan suasana sekeliling gelap gelita, hanya bertemankan lampu suluh pakcik Bakri je.
Abah kata takpe, tawakal je.Bismillahirrahmanirahim.Aku, ma, abah, pakcik Bakri dan 2 orang lagi mula menyeberang.Di permulaan aku ok, sehinggalah sampai di tengah2 jambatan, ada satu besi yang terkeluar dari tempatnya (berlubang) menyebabkan arus di tengah2 tu agak deras.Langkah aku terhenti sampai situ je.Nak angkat kaki pun tak berani , bimbang dibawa arus.Abah bagi kata2 semangat tapi aku memang tak boleh nak bergerak sama sekali.Aku mula bayangkan yang bukan2.
Bimbang dengan keadaan aku, abah kemudiannya meminta pakcik Bakri supaya pimpin aku sehingga ke seberang.Alhamdulillah, dengan izinNya kami berjaya sampai.Aku menoleh ke arah sungai, tak percaya apa yang telah aku lalui.Syukur padamu Ya Allah.Seperti telur di hujung tanduk rasanya bila aku pikir2 balik.
Esoknya, air makin naik, jambatan dah lenyap dalam air.Untuk menyeberang balik, kami naik perahu tambang.Nak ke sungai pulak kena menuruni anak tangga yg aku sendiri tak sempat nak kira ada berapa.Sampai hari ni, masih terasa sakit paha kesan dari turun tangga nak ke sungai.