Saturday, June 19, 2010

KENDURI LAGI

Kalau 5 june 2010 aku dan family telah bertandang ke Perak, kali ni orang-orang Perak pula yang datang ke Kelantan.Semuanya sudah pastilah kerana berlangsungnya satu lagi majlis perkahwinan di kampungku, Kuala Krai.Kali ni pulak majlis perkahwinan anak penghulu kampung (2 pupu mak aku = sepupu ngan orang Perak)

Majlisnya sama meriahnya dengan majlis yang kat Perak,cuma lebih sikit sebab ada persembahan silat serta dikir barat.Menunya pun lebih kurang ngan kat Perak jugak.Apa-apapun inilah hasil dari lensa kameraku.


berjalan kaki ke rumah pengantin.Apasal Zila camtu?



sempat bergambar tu


Seperti biasa Amar suka bergambar di tempat yang unik dan klasik.haha


suasana dalam khemah


dari dapur



cam kenal je mc tu?sekali abah aku daa...



tak tahu silat pe.Bersilat tapi sendiri-sendiri




pemuzik pengiring silat (betul ke ayat aku ni?)


nak cendol?




cendol satu siap...




Inilah pengantinnya, pasangan engineer & doktor.Hai...tuah badan.


Apapun sudah tamatlah jemputan ke majlis perkahwinan sempena cuti sekolah kali ni.Nampak gayanya cuti sekolah sekali lagi cam dah ada yang tunggu turn.




Monday, June 14, 2010

AKSI POYO MENGISI ANGIN TAYAR KETA KECILKU

yeke camtu cik?

nampak gaya takkan penuhle angin tayar ketaku

MENCARI HIDANGAN BERBUKA

Memandangkan hari ni aku ngan ma berpuasa, tukang rumah plak tak datang, jadi dapur tak berasap.Maka untuk berbuka nanti, ke pasar malamlah jawabnya.Kami beli gulai ikan keli, ayam goreng dan keropok.Tapi biasalah makanan pasar malam.Dahlah mahal (seekor ikan keli RM6),tak sedap langsung.Manis giler.Aku pantang kalu lauk-pauk letak gula.Boleh hangin satu badan tau.Len kali taknak aku beli nasi kat pasar malam lagi.Makan megi 10 kali lagi best tau!!!


menjinjing plastik fishball


ya cik, ada masalah ke?


apasal sampai terjelir lidah tu?

keropok RM2.Tak habis pun makannya

beli laksa untuk my sister

aksi makan kopok yang paling mengerikan (konon)

Thursday, June 10, 2010

SAMBUNG JALAN

Pas balik dari Perak,cuti masih berbaki 1 hari.Nenek ngan Cheq Su pun belum balik kampung lagi.Diorang nak pi jalan jalan kat TESCO dulu sebelum balik.Jadi, hari tu aku bawaklah diorang pegi jalan jalan.Pastu g makan KFC + Donut.Kalu Zila tau ni confirm dia akan cakap "ooo, masa aku takde makan donutlah, KFClah.".sorry.Nanti balik aku belanjale.Cam tak biasa.hehe

Ammar sempat lagi pos ngan kain.Idea siapa kalau bukan aku.hehe






donut kegemaranku.yummy






irfan mengamuk kat mak dia mintak belikan kasut.Jadi terpaksalah dibawa lari sekejap dari maknya


Tuesday, June 8, 2010

JALAN-JALAN PI KENDURI

Alkisahnya, sabtu lepas (5 Jun 2010), kami sekeluarga telah ke Perak tuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak perempuan saudara belah ma n abahku. (ayat skima ye tuan puan).Dengan bertransportkan 2 buah keta, kami seramai 13 orang (termasuk 2 kanak2 ribena) telah bertolak seawal jam 8.30 pagi.Aku, Zila n Cheq Su naik keta kakak ngan abang iparku, sementara nenek, nenek saudara n 2 kanak2 ribena satu keta ngan ma dan abah.

Sepanjang perjalanan takde pe yang menarik pun, kecuali pemandangan indah masa kat tasik Banding je.Separuh perjalanan, Zila dan Cheq Su dah start pening kepala.Maklumlah jalannya ya ampun.Cam ular kena palu.Tapi aku ok je.




tasik banding

Sampai kat Kuala Rui, berhenti sekejap melepaskan penat (penat ke?) sapa yang nak ke toilet, ke toilet,sapa yang nak pekena teh panas, silakan.Perjalananan diteruskan setelah lebih setengah jam berehat.

5 jam perjalanan, kami sampai ke Kamunting (ISA ya tuan puan).Bila dah sampai sana barula tersedar yang sebenarnya tak seorang pun antara kami yang tahu ke mana arah haluan kami seterusnya.Lawak benar?Last-last terpaksa kol tuan umah mintak salah sorang dari mereka jemput kami yang masa tu berhenti kat stesen minyak Caltex (ni sebut nama ni kena bayar ke?hehe).

Agak lama menunggu, tuan rumah sendiri datang jemput kami ke rumahnya.Agak jauh juga rupanya dari tempat kami menunggu untuk ke rumahnya di Larut Tin.Nasib baik dijemput, kalau tidak, mahunya sesat lagi jauh.

Tiba di rumah saudara kami tu jam 3 lebih.Selepas berkenal-kenalan (maklumle sebelum ni dengar nama je), kami terus dibawa ke bawah khemah (apa lagi,santap time.i like...)Hidangan hari ni gulai tempoyak ikan patin.My favourite ni.nyum nyum.

Kami kemudiannya ke rumah makcik zaiton (kawan masa kecik ma merangkap saudara jugak).Di sana, keluarlah suma cerita2 mereka masa kecik-kecik dulu sehinggalah sewaktu ma dibawa tinggal bersama mereka di Taiping untuk beberapa bulan.Aku ngan La tak payah ceritalah.Pening memikirkan susur galur keluarga kitorang yang selama ni tak pernah kami ambil tahu pun (masa tu ramai yang kawin sesama saudara).Ayah makcik Zaiton (merangkap pakcik sepupu kepada ma) ajak kami tidur kat rumah mereka.Mulanya ingatkan nak tido ramai2 kat rumah yang dah mereka sewakan untuk kami (30 lebih rombongan dari kelantan).Terpaksalah dibatalkan sebab mereka dah beria2 kemaskan tempat untuk kami.




suasana di rumah sewa.beg kartun aku pun ada?



Malam,ingatkan nak pusing-pusing bandar Taiping, tapi badan dah penat sangat.Selepas makan malam, kami lepak jap kat rumah sewa sebelum pulang tidur ke rumah ayah makcik Zaiton.


ESOKNYA

Setelah solat subuh, mandi, dan bersarapan, kami mula bergerak ke rumah pengantin untuk meninjau2 apa yang berlaku.Sebelum tu sempat bersalam-salaman ngan tuan rumah (kot nanti dia sibuk ngan urusan keje kawin ni).Pukul 12, tetamu dah mula tiba.Macam-macam jenis makanan ada dihidangkan seperti nasi minyak, laksa, cendol dan kuih muih (memang kenduri sakan nih)




kanopi merah tu tuk gerai cendol ya tuan puan


sibuk ker?


singgahsana


hantaran pihak lelaki

Cheq Su ngan anaknya Irfan



epal untuk diagihkankepada tetamu



mak sedara,nenek dan sepupu sepapat dari kelantan










Selesai makan, kami mula bersiap untuk pulang.Dalam pada tengah bersiap, rombongan pengantin lelaki tiba.Aku dah malas nak ke sana lagi.Tak tahan, panas.Cair sudah mekapku.Ecehh...

Kul 3.30, rombongan kami mula beransur pulang.Kebanyakan mereka ikut laluan Cameron Highlands sebab lebih dekat ngan Kuala Krai.Kami sekeluarga ikut laluan Jeli.Sempat gak singgah ke Bukit Bunga jap sebab nenek aku nak beli barang.



dalam perjalanan pulang, singgah minum jap

Sampai kat Pasir Mas pula, singgah makan malam.Memang giler kedai tu.Makan nasi sup ngan telur dadar tuk 8 dewasa dan 2 kanak-kanak dicaj RM69.Padahal kedai kampung je.Tak sedap plak tu.Memang bengong betul.Kalu camni gayanya boleh pegi London balik harilah tokey kedai.

Sampai rumah dah tengah malam.Tak sempat nak tengok jam pukul berapa sebab dah pengsan.zzzzzzzz (tapi dah solat ya...kami wat jamak taqdim)

Thursday, May 20, 2010

CHICKEN FLOSS BURU-BURU

Selasa lepas, tetiba je rajin nak mencuba resipi baru.Seperti biasa kalu dah gatal tangan ni memang dah tak boleh tangguh2 dah.Kali ni nak buat chicken floss roll.Maka dengan excitednya pas balik keje terus masuk dapur & ready tuk 'berperang'.

Baik punya adunan


Round yang pertama suma ok.Adunan pun dibakar ngan baik dan sedang elok masaknya.Namun...........teng teng teng.

Dek kerana tak sabar nak tengok hasilnya, terus je aku masukkan dia punya krim tanpa tunggu sampai adunan tu betul2 sejuk.Pe lagi, cairlah krim tu.Seb baik baki krim ada g.kuang kuang kuang.Pastu masukkan chicken floss.Tiba masa nak menggulung pulak, baru gulungan pertama dah patah.Aduii.
Terus tak jadi gulung.Aku terus potong dan masuk dalam mulut.Haha.Inilah akibatnya wat keje terburu-buru.

P/S : Walaupun rupanya tiada tapi tetap gebu dan sedap dimakan.Resipi dari blogger mana ntah.Masa penyediaan cuma setengah jam.Kejapkan?

Tengok tu.Krimnya cair dan gulungannya patah.hahaha.

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

8 May 2010(Sabtu)
Esok adalah hari yang paling barmakna kepada semua ibu-ibu di muka bumi ini kerana hari tersebut adalah hari penghargaan buat mereka iaitu Hari Ibu.Mungkin akan ada yang berkata takkan bila Hari Ibu je baru kita nak sayang ibu, telefon ibu, peluk ibu?Memang setiap hari kita perlu menyayangi dan menghargai ibu tapi akan ada satu hari yang paling bermakna untuk kita tunjukkan betapa kita sangat menyayangi ibu seperti pada hari ni.

Sebagai contoh, anak jiran aku sendiri.Walaupun bertugas menjaga keselamatan negara di sempadan, namun masih sempat berkejar balik ke rumah hanya untuk meraikan Hari Ibu bersama ibu tersayang.Adik aku yang keje kat KL pun sempat balik untuk meraikan hari istimewa ni.

Bagi aku dan adik beradikku, jika tahun lepas kami belikan kek untuk ibu,tapi tahun ni kami adakan kelainan dengan membawa ibu kami makan di luar.Kali ni kami bawa dia pegi makan steamboat.Mungkin apa yang kami lakukan tak besar tapi cukup untukbuat ibu kami happy.Hari ni adik aku yang belanja.Walaupun awal sehari tapi itu tak jadi hal.Yang penting ingatan dari anak kepada ibu.

Oh ya,hari ni jgk bos aku kat KL telefon minta aku tolong orderkan kek dan bunga untuk ibunya yang tinggal kat KB.Pada mulanya aku sangkakan dia minta aku belikan orkid tapi rupa-rupanya "bunga or cake".Sebab tulah aku konfius.Bahasanya rojak.hehe

Jadi, berkejar aku ke kedai kek yang berdekatan tuk belikan kek untuk dihantar kepada florist.Memanglah kedai tu sediakan pakej tuk bunga dan kek tapi memandangkan order last minute, terpaksa bawa kek sendiri.Yang penting tugas aku setel. :)

9 May 2010.
Hari ni adik aku dah balik KL.Sebelum ke tempat keje, aku sempat ucapkan selamat Hari Ibu kepada ibuku.Plan hari ni nak belikan pizza untuk ibuku.Sebenarnya dah rancang dari awal tapi adik aku nak gak makan steamboat.Jadi, plan beli pizza tu beralih ke hari ni.

Sampai kat tempat keje plak tetiba je,staf aku bagitau yang dia tetiba teringat kat ibu dia yg dah 2 tahun tak jumpa (dia membesar ngan nenek, so tak biasa ngan ibu sendiri).Katanya dia tak pernah sambut hari Ibu dan tahun ni teringin tuk meraikannya bersama ibunya.Dia mintak pandanganku apa yang mahu diberikan kepada ibunya.Selepas memberikan pendapat (tak pasti bernas ke tidak tapi boleh digunapakai.hehe), dia minta aku tolong belikan kek untuk ibunya.Oklah, sempena hari ibu ni, aku akan bantu untuk gembirakan hati semua yang bergelar ibu.

Balik kerja, ambik adik kat umah dan terus ke Pizza Hut.Balik rumah kami raikan hari ibu untuk kali kedua.

Untuk Ma yang tersayang, Selamat Hari Ibu.Your the best mom in the world and i love you so much.Muah muah muah