Tuesday, June 25, 2019

RESIPI ASLI SPAGHETI CARBONARA

Sebenarnya dah banyak kali juga saya buat spagheti carbonara.Saya ikut resipi yg kebiasaannya kita jumpa di internet iaitu menggunakan bawang, krim, cendawan dan sebagainya.Tetapi rupanya itu adalah kesalahan besar dalam pembuatan carbonara yang sebenar-benarnya.Resipi asli Italian Carbonara tidak menggunakan bawang sama sekali.Apa lagi cendawan, krim, ayam dan sebagainya.Bahan2nya sangat simple dan lagi mudah dari resipi yang biasa kita guna.Saya dah cuba dan rasanya sangat mabeles.Berikut adalah resipi asal yang mana ada bahannya tidak dibenarkan oleh syariat dan telah saya tukar mengikut keseuaian.

Bahan2 untuk Italian Carbonara

360gm Spagheti
200gm Chicken loaf (asalnya guanciale iaitu daging k****** yg diasinkan)
2 biji telur dan 1 biji telur kuning
80gm keju parmesan (diparut.kalau takde ganti je nga cheddar ke.Apa de hal))
minyak zaitun
garam
serbuk lada hitam

Cara membuatnya
  1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam
  2. Rebus pasta sehingga masak 
  3. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan pukul hingga rata.Masukkan serbuk lada hitam dan keju parut (saya tak masukkan garam sebab semasa merebus saya dah letak garam.Lagi pula chicken loaf dah cukup masin.
  4. Panaskan minyak zaitun dan saute chicken loaf sehingga kekuningan
  5. Masukkan pasta ke dalam kuali yg mengandungi chicken loaf tadi.kacau seketika.jika perlu masukkan air rebusan pasta.sikit je ok?
  6. Alihkan pasta yg telah dimasak ke dalam bekas hidangan
  7. Masukkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam spagheti dan kacau cepat2 utk elakkan telur masak
  8.  Sedia untuk dihidangkan bersama sedikit serbuk lada hitam
Senang sangatkan? nanti bolehla cuba ya? 

Tuesday, August 4, 2015

CABARAN RAMEN PEDAS

BULDAK BOKKUEM MYUN AKA SPICY CHICKEN NOODLE
Bagi peminat drama dan rancangan variety korea pasti tahu yang masyarakat korea sangat menggemari mi segera atau dipanggil ramyun@ramen.Hampir semua drama mereka akan ada scene makan ramen.Disebabkan pengaruh drama korea merebak ke hampir seluruh dunia, secara tidak langsung budaya korea semakin dikenali.Tak kurang juga yang ingin mengenali dengan lebih dekat budaya dan cara hidup masayarakat di sana.Jadi masa nilah segala pengaruh digunakan sebaik mungkin untuk mempromosi apa saja yang berkaitan dengan negara korea samada pelancongan, makanan dan teknologi.

Awal tahun ni (lagi awal sebenarnya kot), cabaran makan ramen pedas 불닭 볶음면 (Buldak Bokkuem Myun)  menjadi viral di youtube.Ramai jugakla yang menyahut cabaran makan ramen yang dikatakan ke 3 paling pedas di dunia dan rata-rata menyatakan yang ramen ni sangat2 pedas.Populariti yang naik mendadak ini secara tidak langsung menjadikan mi segera keluaran Samyang Food menerima permintaan yang tinggi dan mencatat jualan sebanyak 6-7 billion won (RM 19.8 juta) sebulan bagi pasaran domestik dan global.hebatkan kuasa media sosial dalam perkembangan industri ?

Bagi saya yang sangat mencintai masakan pedas ni pun tertanya2, tahap manalah agaknya pedas ramen diorang.Lagi pedas dari masakan melayu ke? lagi pedas dari masakan Thai dan Indonesia ke?Teringin jugak nak rasa tapi sebab tak pasti halal haramnya (ada baca samyang food dah dapat sijil halal pada november tahun lepas, cuma tak tahu sahih ke tidak) maka terpaksalah saya lupakan hasrat untuk mencuba ramen ni walaupun ia dah masuk pasaran malaysia (blh cek dalam website 11street).Kalau dah confirm ada pengesahan halal cam nongshim tu nanti, blhla cuba ya?

ini antara mereka yang menyahut cabaran ramen pedas samyang.saya pernah tgk budak malaysia punya video tapi tak jumpa pulak nak letak kat sini






 

Monday, May 25, 2015

RESIPI CHOC PEANUT BUTTER CUPCAKES



Dah bertahun-tahun saya gunakan resipi yang sama setiap kali nak buat cupcake.Resipi ni saya dapat dari tabloid PERDANA.Dulu2 suka bebenor saya beli PERDANA sebab suka melayan cerita-cerita mistik.Nasib baik resipi yang dia bagi ni takde unsur-unsur mistik.Sedap dan gebu je teksturnya.Memang saya takkan tukar dengan resipi lain lagi dah.Untuk frostingnya pulak saya ambik dari www.food.com.Memang sedap.Bolehla korang cuba nanti ya?

Bahan untuk cupcake

200 gm mentega
200 gm gula
3 bii telur
130 gm tepung gandum (* ayak)
50 gm serbuk koko (*ayak)
1/2 sudu teh serbuk penaik  (*ayak)
1/2 sudu teh vanila
80 ml susu segar
chocolate chips

Bahan untuk Frosting

35 gm coklat masakan
1/3 cwn krim putar
3 sudu besar mentega kacang


1. Putar mentega dan gula sehingga gebu
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik
4. Masukkan susu dan vanila serta chocolate chips
5. Skopkan ke dalam paper cup dan bakar dengan suhu 175 darjah celcius selama 20 minit

6. Untuk frosting, cairkan coklat masakan bersama krim putar mengunakan kaedah double boiler
7. Setelah coklat masakan cair, tutup api dan masukkan mentega kacang.kacau hingga sebati.
8. Sejukkan dan sedia utk dihias pada cupcake tadi.

Siapppppppp.Senangkan?



Monday, January 19, 2015

KOREAN PHRASES 8

인생은 짧아요. 

in seng eun jal ba yo. = Life is short



 인생 
in seng =  life

  
eun = particle after subject or object word

 짧다 
jalb da = short

 
yo = particle after verb to finish sentence in semi-polite tone



Sunday, December 21, 2014

RESIPI ANDONG BRAISED CHICKEN (안동 찜닭)






Selain dari Maangchi, saya suka dengan resipi yang disediakan oleh Aeri (Aeri's Kitchen).Kebanyakan bahan yang digunakan mudah didapati di negara kita.Jika bahan yang diperlukan susah nak dapat, saya cuma menggantikannya dengan bahan yang lebih kurang sama rasa dan teksturnya.Memasak itu mudah jika kita enjoy melakukannya.jadi.....kita enjoyyyyyy

Resipi asal di SINI


Bahan utama
1lb ayam (lbh kurang 900gm)
3 cwn air
1 1/2 oz suhun (dlm secekak ibu tangan)
1 biji kentang
1 labu bawang besar
1/2 cwn carrot (tak letak sb takde stok)
2 btg daun bawang
1 biji cili kering

Bahan sos
4 1/2 sudu besar kicap soya
3 sb air
3sb gula perang (saya tak letak)
1 1/2 sb bawang putih dicincang
1 1/2 sk minyak bijan
1/4 sk serbuk lada hitam
2 cubit serbuk halia (saya ganti dgn halia segar)


Cara penyediaan
  1.  Rebus ayam di dalam air mendidih selama seminit dan toskan.Ini utk menghilangkan bau dan lemak ayam
  2. Rendam suhun dalam air panas
  3. Campur semua bahan untuk sos dan masukkan dalam periuk yang berisi ayam yang telah direbus
  4.  Masukkan 3 cwn air.Biarkan ia masak sehingga 15 minit
  5. Sementara itu, potong sayur-sayuran seperti bawang, carrot, kentang, dan cili kering
  6. Masukkan sayur-sayuran ke dalam periuk yg berisi ayam tadi.Masak sehingga sayuran empuk
  7. Akhir sekali masukkan suhun dan daun bawang.Kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan.Sedap dimakan bersama nasi



Saturday, November 15, 2014

QUOTE

 


LIFE IS LIKE A TRAFFIC LIGHT

SOMETIMES THE GREEN LIGHT CAN HELP YOU SPEED UP

OR THE RED LIGHT CAN MAKE YOU COME TO A HALT

BUT

THIS MOMENT AT THE YELLOW LIGHT

DO WE KEEP RUNNING OR COME TO A STOP ?


-boarding house number 24-

Sunday, June 1, 2014

KENANGAN MENDOBI


Kalau bercerita tentang pengalaman kerja, rasanya pengalaman aku tidaklah terlalu banyak.Bermula sebagai rekorder di sebuah kilang pakaian pada Jun 2003, aku juga pernah bekerja sebagai jurujual (KISAHNYA) dari rumah ke rumah, kerani di gudang peralatan pembinaan, menyelia dobi dan akhirnya sebagai kerani cabuk di sebuah syarikat sehingga hari ini.Antara semua kerja ni, pengalaman bekerja di dobi paling mencabar kekuatan mental dan fizikal.

Segalanya bermula apabila aku menerima tawaran bekerja di sini oleh kawanku dengan tawaran gaji yang agak memuaskan.Buat permulaan, kami diperkenalkan dengan cara bagaimana dobi beroperasi.Semuanya diajar, bermula dari ketika linen sampai di dobi, tagging, basuh, kering dan lipat.Mesin yang digunakan pula bukan yang kecik2.semuanya besar2 gedabak.Dengan beratnya, panasnya, semua ada.

Bila dah tahu semua tu, aku dan kawanku ditukarkan ke cawangan Kajang.Untuk hari pertama kami dibawa ke kilang yang mencuci hampir kesemua linen dari hospital dan hotel sekitar kuala lumpur dan negeri2 yang berjiran.Melangkah masuk ke kilang tersebut, suasananya berganda2 lagi sibuk berbanding dengan tempat keje aku.Kalau di tempat keje, aku dah takjub dengan besarnya mesin2, di sini lagilah besar.Seolah-oleh anda boleh berlari dalam mesin basuh tersebut.

Di atas kertas, tugasku di sini ialah menguruskan hal-hal pejabat serta berurusan dengan pelanggan.Namun dek mengejar masa penghantaran serta kekurangan pekerja terutamanya ketika mereka bercuti, aku turut sama menyinsing lengan membantu apa yang patut.Ini kerana setiap linen hospital perlu dihantar 2 kali sehari, pagi dan petang.Tempoh masa yang diambil untuk ke tempat kutipan belum kira lagi.Pendek kata 24 jam terasa sangat singkat.Sebab itulah aku turut mencuci pakaian, mengering, menggosok dan melipat baju.Pendek kata dari awal sampai akhir proses cucian.Belum masuk urusan merekod, membuat invois serta laporan bulanan lagi.

Paling ektrem perkara yang pernah dilakukan olehku di sini ialah jadi kelindan lori dan kutip linen yang bukan calang2 beratnya.Dalam sehari 1 tan lebih kena angkut bawak balik dobi.Pekerja2 kilang kat situ selalu pandang semacam bila aku datang.Tak pernah ada perempuan yang datang sebagai kelindan dan lakukan tugas angkat linen kot.Lagi pulak kebanyakan linen tersebut (selalunya selimut dan langsir hospital) kotor dengan darah dan najis, nak angkat memang kena pakai glove & mask.Pernah aku terpaksa ikut lori dalam bulan puasa.Memang betul2 mencabar kesabaran.

Selain dari mencuci linen hospital, kami jugak mencuci tuala untuk satu kelab kat sunway dan jugak 2 -3 buah hotel sekitar Kuala Lumpur.Kalau yang ni senang je.Tak perlu nak asingkan selimut yang berdarah dengan yang biasa.Oh ya... uniform PLKN pun termasuk sekali dalam senarai.

Mencuci uniform PLKN tidaklah mencabar mana, cuma ia ambil masa yang agak lama.Setiap uniform perlu diasingkan mengikut kad nama pelajar.Silap asing, memang kena menjawablah.Baju si A dah bertukar dengan baju si B.Camne??? satu yang tak best bila cuci uniform PLKN ni bila jurulatih pun sibuk nak selitkan sekali pakaian diorang.Kalau setakat uniform je takpe, ni dengan pakaian harian sekali dorang hantar cuci.Nasib baik aku tak naik hantu je.

Bila dah siap semua uniform, driver akan buat penghantaran semula ke kem2.Kem yang menghantar cucian kepada kami ialah Kem Paya Indah, Banting,Kem Princess Haliza, Sepang, Kem Sri Perkasa, Mantin dan satu kem lagi yang aku dah lupa namanya.Kesemua kem ni aku dah visit.hehe.Jadi kelindanlah pulakkan?

Bekerja di kedai dobi yang sentiasa beroperasi membuatkan masa tidur aku tak menentu.Setakat tak tidur malam tu perkara biasa.Pernah pada pukul 3 -4 pagi aku dengan Kak Nora berbasikal ke kedai mamak kat jalan besar (dobi kitorang dalam taman perumahan jauh dari jalan besar) untuk beli makanan.Kena melintasi kawasan kubur lagi.Tapi takde pulak rasa takut masa tu.Siap bergelak ketawa lagi sepanjang jalan (sekarang dah tak boleh kot, ramai orang jahat yang berperangai lebih hantu dari hantu).

Pernah juga akibat mesin rosak kami terpaksa berhempas pulas menyiapkan uniform PLKN sepanjang malam.Waktu penghantaran sepatutnya petang kerana esok pagi pelatih akan guna uniform.Maka terkocoh2 kami cuba siapkan jugak malam tu.Akhirnya pukul 4 pagi baru siap.Macam biasa aku ikut lori sekali dengan kak nora dan pulang hampir pukul 6 pagi, berkejar dengan lori jual suratkhabar yang keluar untuk edar suratkhabar.Diorang baru nak keluar bekerja, kami masih di jalanraya.Sebelum balik, singgah makan roti canai dulu.Best pengalaman tu.Memang takkan dapat dibeli di mana2.Yang paling utama, sejak aku kerja dobi, skill lipatan pakaianku dah meningkat.Haha